Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Wujudkan rangka kerja holistik buruh asing
  • ACTIVITY

Wujudkan rangka kerja holistik buruh asing

Helmi Aziz March 28, 2019 2 minutes read
244616.jpg

RANGKA kerja yang holistik dan komprehensif bagi buruh asing perlu diwujudkan untuk menambah baik produktiviti buruh tempatan selain menyelesaikan masalah upah di negara ini, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Marzunisham Omar.

Beliau berkata lambakan pekerja asing yang murah boleh membahayakan tahap produktiviti selain pertumbuhan.

“Selesaikan masalah buruh asing dengan upah rendah, itu yang diperlukan perniagaan…iaitu dasar yang jelas bagi perkara ini,” katanya.

Beliau berkata kerajaan juga perlu menggalakkan sektor swasta untuk menggunakan automasi dan mengurangkan kebergantungan terhadap buruh asing.

“Lakukan pembaharuan terhadap pasaran buruh dari segi undang-undang buruh dan peraturan,” katanya, sambil menambah interaksi bersama penggiat industri baru-baru ini juga membincangkan penyelesaian serupa,” katanya.

Marzunisham membuat kenyataan itu dalam perbincangan panel mengenai ekonomi Malaysia hari ini yang dianjurkan oleh Persatuan Ekonomi Malaysia bersempena Laporan Tahunan BNM 2018 yang dikeluarkan semalam.

Terdahulu, Marzunisham berkata penawaran siswazah yang melebihi permintaan turut menyebabkan gaji permulaan yang rendah dan mengecilkan kelebihan pendidikan.

“Keadaan tidak sepatutnya begitu. Gaji permulaan bagi pemegang ijazah sarjana muda pada 2010 adalah RM1,993, namun ia telah berkurangan kepada RM1,983 pada 2018,” katanya.

Peningkatan jumlah siswazah turut mengatasi manfaat pekerjaan bagi pekerjaan berkemahiran tinggi dengan 174,000 siswazah dilaporkan menyertai pasaran kerja tetapi hanya 99,000 pekerjaan berkemahiran tinggi diwujudkan dalam tempoh 2010 sehingga 2017, katanya.

Seorang lagi ahli panel, Ketua Pakar Ekonomi Alliance Bank Malaysia Bhd Manokaran Mottain menyifatkan upah sebagai isu penting dan berdasarkan laporan bank pusat itu, gaji siswazah terbukti tidak mencatat sebarang kenaikan.

“Tumpukan kepada soal gaji dan lebih banyak pendekatan konkrit perlu diambil membabitkan pekerja asing. Soal upah seharusnya meningkat tetapi sebaliknya itu tidak berlaku kerana akses yang lebih mudah bagi mendapatkan tenaga buruh asing. Inilah yang perlu mereka (kerajaan) kawal,” katanya. -Bernama



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Ringgit, buruh murah bukan faktor pemacu eksport
Next: Jangan ambil hak orang

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.