Wings Of KKB 2014: Selangor Birds Race

Wings Of KKB 2014: Selangor Birds Race

Wings Of KKB 2014: Selangor Birds Race

Wings Of KKB 2014: Selangor Birds Race- Telah diadakan pada 25 hingga 27 April 2014 oleh Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) dan mendapat tajaan Resort World Genting.

Kuala Kubu Bharu (KKB) dipilih untuk program ini kerana ia adalah merupakan tempat tinggal pelbagai spesis burung dan binatang-binatang. Selain itu, pihak MDHS juga ingin berkongsi kelebihan alam semulajadi di KKB kepada masyarakat dan pelancong-pelancong.

 “Objektif utama penganjuran Wings Of KKB ini adalah bagi memupuk kesedaran orang ramai dan pelajar sekolah khasnya dalam kepentingan menjaga alam sekitar melalui aktiviti memerhati burung.”

Gala Dinner yang diadakan khas untuk merasmikan Wings Of KKB 2014 yang bertempat di Awana Genting Highlands Golf & Country Resort Genting Highland.

IMG_3556

Perasmian Wing Of KKB 2014 : Selangor Birds Race

Seperti tahun-tahun lepas pertandingan mengenalpasti burung diadakan mengikut kategori tertentu seperti kategori sekolah dan kategori terbuka. Tetapi, untuk program Wings Of KKB 2014 ini, ianya lebih meriah kerana ditambah 2 lagi kategori iaitu kategori pelajar universiti, kolej  dan pertandingan fotografi burung. Selain itu, acara Mini Explorace adalah salah satu acara sampingan yang dianjurkan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah .

IMG_3702

Pelajar sekolah rendah tengah bersedia untuk memulakan aktiviti Mini Explorace

Peserta perlu bergerak untuk 10 checkpoint yang telah ditetapkan. Ianya bermula dengan 5 checkpoint di Bandar Kuala Kubu Bharu, Taman Milenium, Kolam Air Panas Hulu Tamu, Hutan Lipur Pelajaran Sungai Kedondong dan berakhir di Resort World Genting.

Oleh itu, para peserta berpeluang untuk melihat dan mengenalpasti pelbagai spesis burung dari serata dunia dan mengikut perbezaan ketinggian dari aras laut.

Pemenang bagi acara Birds Race akan menerima hadiah berjumlah RM10,000.00 dalam bentuk barangan “Outdoor” bagi ketiga-tiga kategori. Manakala bagi pemenang pertandingan fotografi burung pula menerima hadiah kamera Nikon D3100. Pihak Resorts World Genting juga menyediakan hadiah berupa penginapan 2 hari 1 malam di First World Hotel dan hadiah sampingan lain.

Pemenang bagi kategori sekolah rendah ialah kumpulan Red Eagle dari Sekolah Kebangsaan Ampang Pechah dengan jumlah carian sebanyak 19 spesis. Bagi kategori sekolah menengah dimenangi oleh kumpulan Jentayu dari Sekolah Menengah Syed Mashor dengan jumlah carian sebanyak 21 spesis. Bagi kategori kolej dan universiti dimenangi oleh kumpulan Magpie Robin dari Universiti Teknologi Mara Perlis. Bagi kategori terbuka dimenangi oleh  kumpulan 3 Aquile yang berasal daripada Serdang dengan jumlah carian sebanyak 59 spesis. Pemenang bagi pertandingan fotografi pula dimenangi oleh Suhaimi Bin Mohd Yusof yang berasal daripada Putrajaya.

 IMG_3922

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *