Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Wabak hanya bersifat sementara, hubungan kerjasama akan kekal
  • ACTIVITY

Wabak hanya bersifat sementara, hubungan kerjasama akan kekal

Helmi Aziz February 18, 2020 4 minutes read
623729.jpg

KUALA LUMPUR – Walaupun kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan meningkat, seorang sukarelawan yakin negara China dapat mengatasi dan membendung penularan wabak itu.

Vincent Chuah Soon Pin merupakan antara rakyat Malaysia yang sering ke Wuhan, China untuk urusan perniagaannya sebelum ini.

Katanya, berdasarkan pemerhatian dan pemahaman jangka panjangnya terhadap negara China, terutamanya sejak penularan wabak Covid-19, pelbagai langkah pencegahan dan pengawalan yang diambil oleh negara China setiap hari.

“Daripada ini saya telah melihat tanggungjawab dan amanah kuasa besar dunia ini dalam proses pencegahan dan pengawalan wabak tersebut.

“Kita juga dapat melihat negara sosialis ini melakukan usaha-usaha yang terbaik untuk melindungi kehidupan dan kesihatan rakyat negara China khasnya dan seluruh umat dunia amnya.

“Semak, komuniti terdekat anda ada kes yang disahkan? Ini adalah satu tajuk produk media baharu yang dilancarkan oleh media Provinsi Guangdong, China,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, inisiatif itu membuktikan bahawa kerajaan China bersikap terbuka dan telus kepada perkembangan Covid-19.

Katanya, orang ramai bukan sahaja mendapatkan data mengenai kes yang baru disahkan,tetapi juga mengesan mana-mana kes di sesuatu komuniti secara terkini serta aktiviti harian mereka sebelum jatuh sakit.

“Saya juga maklum dengan sidang akhbar di pelbagai peringkat setiap hari. Pihak berwajib seperti pegawai kerajaan, pakar perubatan, ahli sarjana dan kakitangan kesihatan bertungkus-lumus serta berhati-hati dalam menjelaskan dan meredakan kebimbangan rakyat melalui pel- bagai saluran terutama media sosial daripada media di China.

“Negara China juga secara aktif melaporkan perkembangan terkini wabak tersebut kepada WHO dan negara-negara lain di seluruh dunia,” katanya.

Menurutnya, China yakin bahawa maklumat terbuka dan telus boleh membantu mengatasi kebimbangan dan serangan panik dalam kalangan rakyat, di samping membina kekuatan serta meningkatkan keyakinan untuk mengatasi wabak itu secara bersama.

Vincent berkata, negara China sedang melakukan usaha yang terbaik untuk mencegah dan mengawal Covid-19 dan tindakan-tindakan diambil juga mencerminkan China memiliki keupayaan mobilisasi sosial yang mantap.

Katanya, langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan China adalah tegas dan berkesan.

“Pada hemat saya, negara China bertindak dengan bertanggungjawab untuk mencegah dan mengawal wabak itu. Usaha-usaha yang dilakukan oleh negara China untuk mencegah dan mengawal wabak ini perlulah dihormati dan dipuji.

“Kita seharusnya menaruh perasaan kepercayaan bahawa langkah-langkah tersebut akan berkesan untuk membendung penularan wabak ini,” katanya.

Dalam pada itu katanya, China sedang mencuba sedaya upaya dan menyatukan rakyatnya untuk membanteras penularan Covid-19.

Beliau berkata, negara-negara dan organisasi-organisasi antarabangsa telah membuat kenyataan dan berjanji untuk bekerjasama mengatasi cabaran global itu, di samping memuji China kerana mengamalkan langkah-langkah yang ketat untuk mencegah penyebaran wabak secara besar-besaran di seluruh dunia.

Katanya, Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen menyatakan bahawa jika kerajaan China bersetuju, beliau berharap dapat mengunjungi Wuhan.

Menurutnya, pemimpin itu sebelum ini menyatakan bahawa hubungan Kemboja-China adalah selaras dengan ungkapan ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’.

“Negara-negara termasuk Pakistan, Iran, Korea Selatan, dan Turki telah bertindak aktif dengan memberi sokongan dan bantuan kepada China.

“Walaupun banyak media Barat mengkritik keburukan ‘Sistem Nasionalis’ China, tetapi sesuatu yang tidak dapat dinafikan ialah, dengan kekuatan itulah kerajaan China boleh mengumpulkan seluruh tenaga rakyat untuk menghadapi dan membanteras wabak ini,” katanya.

Vincent berkata, kerajaan China mampu bangkit dan membentuk penyatuan rakyat dalam masa yang singkat untuk melawan Covid-19 menggunakan sistem itu.

Dalam pada itu katanya, Malaysia dan China adalah negara jiran yang mesra dan diharap persahabatan antara kedua-dua negara itu akan kekal selamanya.

Katanya, selepas bermulanya wabak itu, Malaysia secara aktif membantu China membanterasnya dengan menyediakan dan menghantar 18 juta pasang sarung tangan ke China.

Beliau berkata, sejak tahun 2009, China menjadi rakan dagangan terbesar Malaysia selama 10 tahun berturut-turut.

“Wabak ini bersifat sementara dan tidak menjejaskan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara Malaysia dan China.

“Sebaliknya, kerjasama antara Malaysia-China adalah berbentuk berpanjangan dan selaras kehendak dan kepentingan rakyat kedua-dua negara,” katanya.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Prihatin pengguna kenderaan
Next: Hero pembuat gambus Hadramaut

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.