Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Ultimate Print tampil Sampul Duit Raya Personalize dengan diskaun 30 peratus
  • ACTIVITY

Ultimate Print tampil Sampul Duit Raya Personalize dengan diskaun 30 peratus

Helmi Aziz April 19, 2019 2 minutes read
274174.jpg

BUDAYA memberi duit raya khususnya kepada kanak-kanak setiap kali Syawal telah menjadi tradisi masyarakat Malaysia sehingga kini.

Namun, duit raya yang diletakkan di dalam sampul serta memaparkan wajah si pemberi atau keluarga tuan rumah pastinya lebih mengujakan.

Justeru, untuk memberi lebih pilihan sampul duit raya pada sambutan Aidilfitri tahun ini, Ultimate Print Sdn Bhd, salah sebuah anak syarikat Kumpulan Media Karangkraf menampilkan Sampul Duit Raya Personalize yang memaparkan rekaan mengikut pilihan pelanggan.

Pegawai Eksekutif Pemasaran Ultimate Print Sdn Bhd, Syafiq Shuhaimi berkata, lebih menarik pelanggan yang menempah Sampul Duit Raya Personalize boleh memilih untuk memaparkan wajah mereka atau foto keluarga pada sampul duit raya itu.

“Kami percaya sampul duit raya yang memaparkan wajah sendiri, foto bersama pasangan atau foto keluarga lebih istimewa.

“Justeru, Sampul Duit Raya Personalize adalah dimensi baharu untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dan ia pasti akan meninggalkan memori indah sepanjang sebulan berhari raya,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Shah Alam, semalam.

Syafiq berkata, idea dan konsep yang ditampilkan oleh Ultimate Print untuk produk sampul duit raya kali ini berbeza dengan mana-mana percetakan lain yang menyediakan perkhidmatan sama.

“Kami menyediakan platform kepada pelanggan untuk reka sendiri sampul duit raya yang diingini. Caranya mudah sahaja iaitu dengan melayari laman sesawang www.uprint.com.my kemudian pilih mana-mana template yang diminati, tekan pada pilihan template berkenaan kemudian masukkan beberapa koleksi gambar.

“Bilangan berapa keping gambar yang ingin diletakkan tiada had kerana ia terpulang kepada kreativiti pelanggan. Setelah selesai meletak gambar yang diinginkan, secara automatik senarai harga akan dipaparkan. Ia sungguh mudah,” katanya.

Tambahnya, pelanggan juga boleh datang terus ke Ultimate Print untuk melihat rekaan Sampul Duit Raya Personalize.

Tambahnya, harga promosi bagi 50 keping sampul duit raya itu hanya RM75 setelah potongan 30 peratus dan promosi itu bermula semalam sehingga 23 Mei ini.

“Jika pelanggan membeli 50 keping sampul duit raya dan ke atas, harganya hanya RM1.50 sekeping dan jika dibeli dengan jumlah banyak harganya akan menjadi semakin murah dan berpatutan,” katanya.

Beliau berkata, pada tahun ini Ultimate Print Sdn Bhd mengeluarkan sebanyak 15 rekaan terkini khas untuk sampul duit raya dan rekaan tersebut akan menjadi semakin menarik dengan gubahan idea oleh pelanggan sendiri.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Usah pertikai kewujudan alam ghaib
Next: Gimnasium Musclemax taruhan Eddy

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.