Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • UK perlu tumpu semula kerjasama ekonomi dalam Komanwel
  • ACTIVITY

UK perlu tumpu semula kerjasama ekonomi dalam Komanwel

Helmi Aziz February 2, 2020 3 minutes read
609761.jpg

KINI susulan selesainya pelaksanaan Brexit, United Kingdom (UK) perlu menumpukan semula kerjasama ekonomi bukan sahaja dengan Amerika Syarikat malah pelbagai negara dalam Komanwel termasuk Malaysia, kata Felow Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Dr Oh Ei Sun.

“Sebagai permulaan, perdagangan dan pelaburan dengan anggota Komanwel seperti Malaysia perlu dipergiat, tujuannya untuk membentuk kawasan perdagangan bebas bagi seluruh Komanwel, menumpukan kerjasama ekonomi dan bukan pemusatan politik, seperti pengajaran yang jelas ditunjukkan daripada Brexit,” katanya kepada Bernama TV dalam temu bual menerusi e-mel.

Dr Oh, yang merupakan pakar hubungan antarabangsa ditanya mengenai Brexit tindakan UK keluar daripada Kesatuan Eropah (EU).

Susulan referendum pada Jun 2016 dengan 52 peratus mengundi supaya keluar daripada EU, kerajaan UK secara rasmi mengumumkan Brexit pada Mac 2017 sekali gus memulakan proses berkaitannya yang sukar.

UK akhirnya meninggalkan EU pada 31 Januari 2020 sekali gus menamatkan keanggotaannya dalam blok perdagangan itu selama 47 tahun.

Dr Oh berkata, UK menyertai Komuniti Ekonomi Eropah (EEC) pada 1970-an terutama dengan harapan ia dapat meningkatkan kerjasama ekonomi di antara negara-negara Eropah.

Beliau berkata, bagaimanapun sejak beberapa tahun lepas, pandangan bahawa kesemua negara anggota EU membentuk ‘gagasan lebih akrab’ telah terhenti.

Ini berikutan banyak perkara membabitkan kedaulatan negara perlu dikorbankan kepada satu birokrasi berpusat yang jauh di Brussels, katanya.

“UK meneruskan trend pengumpulan kuasa ini dengan separuh hati dan terpaksa memilih contohnya, untuk keluar daripada perjanjian eurozon dan Schengen (sempadan terbuka).

“Jadi, bukanlah satu kejutan besar apabila pengundi Britain memilih Brexit, walaupun perbezaan di antara yang memilih supaya UK keluar dari EU dengan undian agar kekal dalam blok itu adalah kecil. Kemenangan pilihan raya terkini oleh Perdana Menteri Boris Johnson juga mencerminkan pengundi Britain mengesahkan pilihan Brexit mereka,” katanya.

Beliau berkata, EU kecewa dengan langkah UK meninggalkan blok itu kerana terutamanya ia boleh dijadikan sebagai duluan penting bagi beberapa anggota lain yang rakyat atau kerajaannya juga semakin bertentangan dengan Brussels dan juga negara yang sedang mempertimbangkan idea untuk mengambil tindakan yang sama.

Melangkah maju, Dr Oh berkata, Brexit boleh memberi keyakinan mengenai sentimen untuk keluar dari EU kepada beberapa negara besar dan kecil dalam blok tersebut dengan itu sekali gus kesatuan berkenaan perlu menerima keadaan sukar kewujudannya.

Menyertai EU hampir separuh abad, UK mungkin dikatakan gagal menonjolkan kepimpinannya dalam kalangan negara di bawah Komanwel British.

Komanwel, sebuah rangkaian 53 negara yang kebanyakannya bekas jajahan British, dibentuk pada 1949 dengan tujuan memajukan kerjasama antarabangsa, ekonomi, pembangunan sosial dan hak asasi manusia di negara anggota.

Keputusan oleh pelbagai majlis Komanwel adalah tidak terikat. – Bernama



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Isu depresi, sawan jadi taruhan
Next: Pelajar fesyen UiTM hasil 144 busana kreatif

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.