UEM Lestra, HEXA Renewable, ITRAMAS bangunkan loji kuasa solar hibrid pertama

UEM Lestra, HEXA Renewable, ITRAMAS bangunkan loji kuasa solar hibrid pertama

Barisan hadapan (dari kiri) Vince Choi, Mohd Izani, Choo Boo dan Khairuddin Ibrahim.
Barisan belakang (dari kiri) Harsh Agrawal, Amran Hafiz dan Tunku Hammam.

Barisan hadapan (dari kiri) Vince Choi, Mohd Izani, Choo Boo dan Khairuddin Ibrahim.
Barisan belakang (dari kiri) Harsh Agrawal, Amran Hafiz dan Tunku Hammam.

UEM Group Berhad menerusi anak syarikatnya, UEM Lestra Berhad bersama HEXA Renewables Malaysia Sdn Bhd dan ITRAMAS Corporation Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian kerjasama membangunkan loji jana kuasa solar hibrid 500 mega watt (MW) pertama di Segamat, Johor.

Ia susulan daripada projek solar hibrid satu gigawatt di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Kebangsaan (NETR) yang diumumkan oleh kerajaan pada 27 Julai 2023.

Pengerusi UEM Lestra merangkap Pengarah Urusannya, Datuk Mohd Izani Ghani berkata, menerusi kerjasama itu mereka memiliki pegangan saham sebanyak 51 peratus manakala HEXA Renewables pula 49 peratus.

“Di bawah perjanjian ini, ITRAMAS akan menyediakan perkhidmatan teknikal seperti kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) terbesar di Malaysia.

Sumber