Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Udang kering, ikan bilis Sabah bakal dieksport ke UAE
  • ACTIVITY

Udang kering, ikan bilis Sabah bakal dieksport ke UAE

Helmi Aziz February 22, 2022 2 minutes read
1506582.jpg

SHAH ALAM – Pengusaha ikan bilis dan udang kering di Sabah khususnya Sandakan dan Tawau dijangka memperoleh pertambahan pendapatan apabila kedua-duanya bakal menembusi pasaran Timur Tengah bermula dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) bulan ini.

Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas), Datuk Sylvester Entri Muran berkata, perkembangan itu susulan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara pihaknya dengan Urbanex Gulf Corporate Services selaku syarikat pengurusan eksport (EMC).

Menurutnya, hasil laut tersebut mendapat permintaan memberangsangkan berdasarkan sampel yang diberikan kepada peniaga meskipun harga yang ditawarkan agak tinggi jika dibandingkan dengan negara jiran iaitu Thailand dan Indonesia.

“Ikan bilis dan udang kering dari Malaysia di sini dapat permintaan tinggi. Peniaga gembira dengan sampel kita walaupun harga tinggi tapi mereka puas hati kerana kualiti hasil kita dan sebab itu mereka tawarkan (untuk eksport) kepada Nafas,” katanya pada Selasa.

Sebagai permulaan, Entri menjelaskan, sebanyak 25 tan ikan bilis dan udang kering akan dieksport dengan anggaran jualan AS$40 sekilogram dan pihak Nafas kini dalam proses penyediaan dokumentasi.

Tambahnya, menerusi MoU itu juga, Nafas akan mengeksport halia dan kunyit ke UAE dengan menjadikan Dubai sebagai pintu masuk sebelum memperluas ke pasaran Timur Tengah serta Afrika Utara.

“Sebanyak 50 tan halia dan kunyit dijangka mula dieksport bulan depan dan pihak Nafas kini sedang mengumpulkan tanaman itu daripada hampir sejuta ahli di seluruh negara.

“Setakat ini Nafas belum masuk pasaran Timur Tengah dan MoU ini sangat penting kepada kami untuk memperluaskan pasaran dan tentunya akan membantu ahli-ahli yang lain,” ujarnya.

Nafas merupakan antara organisasi yang menyertai Minggu Pertanian Lestari di Expo 2020 Dubai yang bermula semalam sehingga Jumaat ini.

Minggu Pertanian Lestari di Pavilion Malaysia dihoskan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dengan Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corporation) sebagai agensi pelaksana.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Pasaran getah ditutup tinggi
Next: Kerugian bersih Pos Malaysia bertambah kepada RM335.73 juta

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.