Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Top Glove rugi RM3.6 bilion
  • ACTIVITY

Top Glove rugi RM3.6 bilion

Helmi Aziz March 1, 2022 2 minutes read
1612782.jpg

TOP Glove Corporation Bhd mengalami kerugian yang dianggarkan bernilai RM3.6 bilion sepanjang tempoh Perintah Pelepasan Penahanan (WRO) oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS).

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang mendedahkan perkara itu melalui jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini berkata, maklumat tersebut diperoleh daripada Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA).

Pada 15 Julai 2020, CBP AS telah mengeluarkan Perintah Pelepasan Penahanan (WRO) ke atas Top Glove atas dakwaan amalan buruh paksa dalam proses pengeluaran, termasuk ikatan hutang pekerja, kerja lebih masa yang melampau, melanggar syarat persekitaran, kemudahan tempat kerja dan penginapan serta penahanan dokumen pengenalan diri.

“Walau bagaimanapun, sekatan WRO tersebut telah dibatalkan pada 10 September 2021 setelah CBP berpuas hati dengan bukti dan tindakan yang diambil oleh syarikat Top Glove termasuk pembayaran pampasan kepada pekerja dan memperbaiki kemudahan tempat kerja serta penginapan pekerja,” kata MITI.

Kementerian berkata, sesi libat urus telah diadakan pada 18 Februari 2022 bersama Kedutaan Amerika Syarikat dan ahli MARGMA untuk meneliti dan membincangkan tindakan yang perlu diambil oleh pemain industri bagi memastikan sekatan WRO terhadap syarikat sarung tangan getah Malaysia dapat dibatalkan dan dielakkan pada masa hadapan.

“MITI sentiasa komited dalam usaha meningkatkan kesedaran dan pematuhan dasar semasa termasuk berkaitan hak asasi manusia dalam kalangan pemain industri negara dan pelabur asing.

“Kami akan terus bekerjasama dengan pihak berkepentingan khususnya pihak industri dalam menerapkan nilai etika dan pematuhan peraturan bagi mengelakkan amalan buruh paksa dan meningkatkan kesedaran mengenai amalan pekerja yang baik,” katanya. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Kadar jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM
Next: Quick Plans For romanian mail order brides Clarified

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.