TikTok Malaysia Memeriahkan Tradisi Raya dengan Sambutan #KongsiBersama

TikTok Malaysia Memeriahkan Tradisi Raya dengan Sambutan #KongsiBersama

TikTok Malaysia telah merayakan sambutan Aidilfitri dengan mengadakan Rumah Terbuka Raya yang menampilkan #KongsiBersama, mengumpulkan para pencipta kandungan untuk merayakan kreativiti dan ekspresi diri yang asli.

Pada awal Ramadan, TikTok Malaysia melancarkan kempen ‘#KongsiBersama Ramadan & Raya Moments’, mengundang komuniti pencipta kandungan untuk menunjukkan kreativiti mereka dalam merakam detik-detik terbaik Ramadan dan Raya. Kempen tersebut berlangsung dari 5 hingga 24 Mac, memberi peluang kepada peserta untuk berkongsi pandangan unik mereka melalui enam kategori yang berbeza.

Pemenang hadiah utama dipilih berdasarkan kualiti video mereka yang menonjolkan semangat Ramadan dan Raya. Penilaian dilakukan oleh panel hakim yang terdiri dari individu-individu terkemuka, termasuk pengarah terkenal Kabir Bhatia dan penyanyi-pelakon Nabila Razali, yang turut hadir dalam majlis sambutan tersebut. Setiap pemenang menerima hadiah wang tunai, telefon pintar realme 12+ 5G, dan peluang untuk terlibat dalam program-program pencipta kandungan TikTok pada masa akan datang.

Pemenang-pemenang bagi setiap kategori #KongsiBersama adalah seperti berikut:

Salah seorang pemenang kempen #KongsiBersama, @dyamohamad90, yang mengungguli kategori #KongsiCerita, telah dipilih oleh pengarah Kabir Bhatia, untuk bersama-sama mencipta dan membintangi satu filem pendek yang boleh anda saksikan di akaun TikTok Malaysia dan akaun Dya.

TikTok adalah satu ruang untuk ekspresi kreatif yang menjana kandungan yang asli dan menghiburkan. Kepelbagaian pengalaman, komuniti dan kandungan pada platform itu mampu mengeratkan tali silaturahim, yang tertonjol melalui video-video yang disiarkan semasa musim perayaan, seperti Resipi Raya Ikonik 30 Hari Khairul Aming, dan Tip Mekap 30 Hari Nyna Bukater yang mengujakan.

“Orang ramai tertarik dengan TikTok kerana ia bukan sahaja platform yang menghiburkan dan menyuntik semangat positif, tetapi juga membolehkan pencipta kandungan dan artis membina mata pencarian mereka,” kata Ketua Operasi dan Pemasaran TikTok Malaysia, Yin Yin Hooi.

“Melalui #KongsiBersama, TikTok memberi nafas baharu kepada hiburan melalui komuniti Malaysia yang pelbagai, berbakat dan asli, yang menyemarakkan budaya tempatan dengan kreativiti mereka. Kami berharap untuk terus meneroka dan memperkasakan bakat Malaysia, serta mentakrif semula apa itu pencipta kandungan,” tambah beliau.

Semasa acara itu, para tetamu berpeluang terlibat dalam pelbagai aktiviti dan bengkel yang direka khas untuk mempamerkan kekayaan dan keriangan tradisi Aidilfitri. Mereka juga dihiburkan dengan pantun dan tarian tradisional, sekaligus membolehkan mereka menyelami pengalaman budaya yang menarik. Selain menikmati juadah Raya tradisional, para pencipta kandungan juga dihiburkan oleh The Sibling Band dan video-video terbaik daripada kempen #KongsiBersama.

Sambutan Aidilfitri yang unik itu berlangsung di The Lemuni, Janda Baik, di sebuah rumah tradisional Melayu yang indah bagi memberi pengiktirafan kepada semangat kreatif pencipta kandungan. Acara itu berlangsung di tengah-tengah keindahan seni bina ‘vila orchard’ yang klasik, dimeriahkan lagi dengan pelbagai juadah tradisional, kraftangan dan muzik yang menakjubkan.

Muat turun atau buka aplikasi TikTok hari ini untuk melihat sorotan-sorotan daripada majlis Rumah Terbuka #KongsiBersama TikTok, dan ikuti barisan pencipta kandungan tempatan yang hebat-hebat belaka seperti Kionz ChanChe Sayang KitchenWfsufina, and Abang Shah!