Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Ekspo
  • Tidak janggal bertugas dengan polis lelaki
  • Ekspo

Tidak janggal bertugas dengan polis lelaki

Helmi Aziz February 2, 2019 4 minutes read
163946.JPG

MESKIPUN sentiasa bertugas dengan rata-ratanya polis lelaki, namun ia bukan halangan buat wanita tinggi lampai untuk bekerja dalam satu pasukan.

Ibu kepada tiga cahayamata itu mengakui selesa bekerja dalam satu kumpulan bersama polis lelaki yang rata-ratanya memahami dan saling membantunya.

Koperal Mariani Abdullah, 38, yang bertugas di Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam berkata, dia tidak berasa janggal sebaliknya banyak perkara baharu dipelajarinya daripada rakan-rakan setugas setiap hari.

“Saya tidak pernah rasa terpencil atau diketepikan, mereka tak pernah buli saya bahkan mereka banyak membantu.

“Walaupun saya wanita tunggal, mereka tak pernah anggap saya lemah dan perlu diketepikan.

“Sebenarnya bekerja dengan rakan lelaki bagus juga sebab banyak benda saya belajar daripada mereka contohnya berkenaan ‘eskot’ dan kawalan lalu lintas,” katanya kepada Femina.

Dia yang biasa menunggang motosikal PDRM jenis Honda ST 1300 mengakui selesa menunggang motosikal berkuasa tinggi berkenaan walaupun ramai beranggapan ia berat dan kurang sesuai untuk wanita.

Anak kelahiran Ketereh, Kelantan itu mengakui pernah terlibat dalam beberapa eskot untuk orang kenamaan menggunakan motosikal berkenaan.

“Saya selesa bawa motosikal itu, memang nampak macam berat. Lama-kelamaan saya sudah terbiasa memecut motosikal itu untuk tugasan-tugasan tertentu.

“Lagipun saya sukakan cabaran, bawa motosikal ini rasa dia lain dan berbeza,” katanya yang turut menunggang motosikal PDRM jenis BFR 800 dan CBX 750.

Mahu jadi polis trafik sejak di bangku sekolah

Mariani bersyukur cita-citanya untuk bergelar polis trafik sejak dibangku sekolah menjadi kenyataan ketika usianya menjengah 20 tahun.

Dia yang bertugas sebagai anggota trafik selama 18 tahun dan terlibat dengan tugas-tugas kawalan lalu lintas dan mengambil laporan kemalangan di JSPT bertuah kerana mendapat sokongan daripada ibu bapa dan adik beradik.

“Keluarga sokong saya masuk PDRM selepas saya menunjukkan minat yang mendalam terhadap motosikal berkuasa besar, ketika itu saya terpengaruh dengan drama Roda-roda Kotaraya yang memaparkan kehidupan seorang polis trafik.

“Saya kemudiannya mengikuti latihan PDRM di Pulapah Ayer Hitam, Jempol, Negeri Sembilan selama sembilan bulan.

“Tamat sahaja latihan saya terus ditempatkan di bahagian trafik (sekarang JSPT) IPD Shah Alam, sehingga kini saya masih berkhidmat di jabatan dan IPD yang sama,” katanya.

Sepanjang perkhidmatan, setiap orang pasti ada kenangan pahit dan manis yang sukar untuk dilupakan.

Begitu juga dengan Mariani apabila dia pernah terjatuh motosikal ketika bertugas gara-gara mengelak sebuah motosikal lain di Seksyen 13, Shah Alam.

“Ketika itu ada dua motosikal masing-masing di hadapan dan belakang saya. Secara tiba-tiba motosikal hadapan gagal elak air bertakung, saya pula gagal elak dia lalu terjatuh.

“Akibatnya, saya mengalami kecederaan di bahagian lengan. Sehingga kini parut kejadian itu masih dapat dilihat,” katanya.

Masak untuk keluarga

Bertugas sebagai anggota PDRM sememangnya tidak menentu dari segi masa dan juga arahan sehinggakan beliau terpaksa mengenepikan kepentingan keluarga.

“Pernah anak-anak dan suami merajuk, mereka kata saya asyik balik lambat dan tiada masa untuk mereka.

“Suami dulu-dulu pun tak faham, dia akan ikut ke mana sahaja saya pergi, lama-kelamaan mereka sudah terbiasa,” katanya.

Seboleh-boleh, katanya, dia berusaha untuk bahagikan dan luangkan masa untuk tugasan dan juga keluarga tercinta.

“Kebetulan saya tinggal di perumahan PDRM, jadi jarak rumah dengan tempat kerja tak jauh.

“Bila waktu rehat saya akan pulang ke rumah untuk memasak dan sediakan keperluan persekolahan anak-anak sebelum kembali semula ke pejabat atau lokasi tugasan,” katanya.

Aktif dalam sukan

Selain bergelar ibu, Mariani sememangnya aktif dalam apa juga acara sukan yang dipertandingkan di peringkat IPD dan negeri.

Aktiviti sukan sudah menjadi sebati dalam dirinya seperti bola jaring, futsal, boling padang, badminton dan sebagainya.

Beliau kerap mewakili Kontinjen Selangor untuk Piala Ketua Polis Negeri (KPN) dalam acara boling padang dan kerap bergelar juara dan naib juara.

“Permainan boling padang memang minat saya, setiap hari saya akan berlatih sukan ini di Dewan Seksyen 19.

“Selesai tugasan, saya akan balik rumah sediakan keperluan keluarga sebelum menyambung latihan bermula jam 4 petang hingga malam,” katanya.

Mariani yang terkenal sebagai seorang yang peramah juga aktif dalam Persatuan Keluarga Polis (Perkep) dan sentiasa mengikuti aktiviti yang dianjurkan.

Ramai yang tidak menyangka, dia juga mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang memasak apabila kerap mengambil tempahan makanan daripada Perkep, IPD dan balai-balai polis.

“Saya kerap terima tempahan pulut kuning dan laksa, jika ada waktu terluang saya akan penuhi permintaan berkenaan.

“Jika waktu saya terhad, saya terpaksa menolak tempahan bergantung kepada keadaan,” katanya.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Sarah wanita besi
Next: Malaysia #QuranHour di lebih 2,000 lokasi hari ini

Related Stories

09
  • Business
  • Celebration
  • Collabration
  • Ekonomi
  • Ekspo
  • Gadget
  • Gaya Hidup
  • Industri Kreatif
  • music
  • News
  • Product Launch

vivo V70 FE First Sales Roadshow Janji Pengalaman Interaktif dan Persembahan DOLLA

Syahir Izani April 15, 2026
1000250427
  • Automotive
  • Business
  • Ekspo
  • Event
  • Innovation
  • Launching

SIRIM-Certified ASTRA Reinforces Bateriku’s Commitment to Quality with the Opening of Its Quality Lab

Helmi Aziz August 8, 2025
2
  • Awards
  • Ekspo
  • Music

Universal Music Malaysia Raikan Ikon Muzik di Hall of Fame, Pavilion Malaysia, Ekspo 2025 Osaka, Japan

Helmi Aziz May 14, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.