Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Tangguh bayar zakat: Apakah akibat dan hukumannya?
  • ACTIVITY

Tangguh bayar zakat: Apakah akibat dan hukumannya?

Helmi Aziz August 25, 2019 5 minutes read
436503.jpg

Zakat iaitu rukun Islam yang ketiga wajib ditunaikan apabila cukup syarat-syaratnya. Kegagalan melaksanakan bayaran zakat boleh mendatangkan dosa besar dan harta yang tidak dizakatkan akan menjadi bahan pembakar api neraka di akhirat nanti.

Firman ALLAH SWT dalam Surah At-Taubah ayat 34-35 yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya sebahagian besar daripada orang-orang alim Yahudi dan rahib-rahib Nasrani benar-benar memakan harta orang dengan jalan yang batil, dan mereka menghalang-halangi (manusia) dari jalan ALLAH. Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan ALLAH, maka beritahukanlah kepada mereka (bahawa mereka akan mendapat) seksa yang pedih; pada hari dipanaskan emas perak itu dalam neraka Jahanam, lalu dibakar dengannya dahi, lambung, dan punggung mereka, (lalu dikatakan) kepada mereka, Inilah harta benda kalian yang kalian simpan untuk diri kalian sendiri, maka rasakanlah sekarang (akibat dari) apa yang kalian simpan itu.” (Surah At-Taubah, ayat 34-35)

Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka, Abdul Halim Ismail menjelaskan, zakat merupakan kewajipan setiap Muslim yang mampu membayarnya dan diperuntukkan bagi mereka yang berhak menerimanya. Melalui pengurusan dan pengelolaan yang baik, zakat merupakan sumber dana yang berpotensi serta dapat dimanfaatkan demi kesejahteraan umum bagi seluruh masyarakat dan negara.

Menurutnya, terdapat beberapa hikmah dan kebaikan, sekiranya zakat ditunaikan dengan ikhlas kepada ALLAH SWT. Pertama, zakat yang ditunaikan boleh membersihkan harta yang dimiliki sebagaimana dalam firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka dengan zakat itu kamu membersihkan dan menyucikan dan mendoakan untuk mereka. Dan ALLAH maha mendengar lagi maha mengetahui.” (Surah At-Taubah, 103).

Kedua, diharapkan harta yang sudah dizakatkan itu akan mendatangkan keberkatan dan ketenangan hidup kepada pemiliknya. Dalam al-Quran, ALLAH SWT menjanjikan bahawa orang-orang yang membayar zakat di samping mendapat pahala mereka, juga tidak akan memiliki rasa risau dan khuatir terhadap masa hadapan. Ketiga, dengan melunaskan zakat diharapkan ALLAH SWT akan melapangkan rezeki para muzakki (si pembayar zakat) sehingga harta kekayaannya tidak akan berkurang tetapi malah akan bertambah. Surah Ar-Rum ayat 39, ALLAH SWT menyatakan dengan riba harta tidak akan bertambah, tetapi dengan zakatlah harta akan bertambah.

Berhutang dengan ALLAH SWT

Seseorang individu Muslim yang masih tidak melunaskan zakatnya setelah mencukupi syarat-syarat wajib dikira berhutang dengan ALLAH SWT dan hutang kepada ALLAH ialah hutang yang paling utama wajib diselesaikan terlebih dahulu berbanding dengan hutang sesama manusia. Jika zakatnya tertangguh atau terlewat melunaskannya, maka ianya wajiblah mengqada zakatnya itu.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-76 yang bersidang pada 21 – 23 November 2006 telah membincangkan Hukum Mengagihkan Zakat Secara Persendirian dan Qada Zakat. Antara isu yang berkaitan dengan hukum berkaitan Qada Zakat, muzakarah telah memutuskan bahawa:


§ Dari segi siasah dan maslahat, zakat merupakan pemangkin kepada ekonomi umat Islam. Peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pemerintah atau Ulil Amri adalah demi menjaga hak dan kepentingan zakat tersebut.

§ Walaupun dari segi syarak, mengagihkan zakat secara persendirian tanpa melalui pemerintah adalah sah sekiranya diagihkan kepada asnaf yang layak, tetapi perbuatan melanggar peraturan dan undang-undang pemerintah dalam perkara kebaikan adalah berdosa, kerana di dalam Islam patuh dan taat kepada pemerintah atau Ulil Amri dalam perkara kebaikan adalah wajib.

§ Mengenai hukum Qada Zakat, ia wajib dilakukan bagi zakat yang telah memenuhi syarat-syarat wajib yang tidak ditunaikan pada masa yang sepatutnya.

Di dalam perkara ini, isu menangguhkan bayaran zakat perlulah disegerakan. Apabila seseorang itu mampu dan telah wajib untuknya melunaskan zakat, tetapi dia menangguhkan pengeluaran zakatnya itu, maka terdapat dua kesan ke atas dirinya.

Pertama, berdosa kerana dia dengan niat sengaja menangguhkan pembayaran dan menjadi penghalang kepada orang fakir dan miskin untuk mendapatkan haknya. Kedua, hak ganti rugi fakir dan miskin terhadap harta yang diwajibkan zakat walaupun semua hartanya musnah. Ini disebabkan dia sengaja menangguhkannya tanpa alasan dan dia terpaksa menanggung risiko ke atas kelalaiannya demi menjaga kepentingan orang yang berhak.

Jelas Abdul Halim, sebagaimana dalam Hadis Nabi SAW iaitu Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1111. Dari Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah SAW bersabda: “Orang kaya yang melambat-lambatkan (membayar hutang, zakat harta dan lain-lain kewajipan yang harus dibayarnya) adalah zalim (aniaya). Apabila seorang di antaramu dipindahkan hutang-piutangnya kepada orang yang berpunya (kaya) hendaklah diturutinya (ditagihnya).”

Justeru itu, seseorang individu yang telah mencukupi syarat-syarat wajib zakat, perlulah disegerakan bayarannya demi memenuhi kepentingan maslahat masyarakat setempat. Abdul Halim menyeru dan mengingatkan bahawa sesetengah masyarakat Islam memahami dan menganggap bahawa apabila mereka sudah membayar zakat fitrah maka urusan zakat mereka sudah selesai, sedangkan urusan zakat harta mereka seperti zakat pendapatan, wang simpanan, perniagaan, emas dan ternakan, wajib dilaksanakan apabila cukup nisab dan tempohnya.

Jika tidak dibayar zakat, akan mendapat dosa besar dan dilaknati ALLAH SWT. Selain dari zakat wajib, perkara penting yang perlu kita lakukan adalah bersedekah kerana sifat pemurah dan suka bersedekah adalah ciri-ciri orang mukmin yang diredai ALLAH SWT.

Kita sebagai umat Islam yang mengaku beriman dan ingin mendapatkan keberkatan dan keredaan ALLAH SWT serta syafaat dan pertolongan Rasulullah SAW di akhirat nanti. Maka marilah kita bersama-sama menunaikan kewajipan zakat harta ini dengan penuh keikhlasan kerana ALLAH SWT. Semoga ALLAH SWT membalas sebaik-baik balasan dengan apa yang diberikan dan melimpahkan berkat ke atas apa yang ditinggalkan. Insya-ALLAH.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Untung bersih Petronas Dagangan susut kepada RM172.75 juta
Next: Clinelle terus jadi pilihan selepas lebih sedekad

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.