60 khatam berjemaah pada World #QuranHour

MACHANG – World #QuranHour yang diadakan di Pusat Pengajian Tahfiz Al Quran dan Fardhu Ain Iyra disemarakkan dengan khatam al-Quran secara berjemaah oleh 60 pelajarnya di Kampung Bandar, dekat Pulai Chondong di sini hari ini. Bacaan 30 juzuk al-Quran tersebut melibatkan pelbagai peringkat umur ahlinya termasuk kanak-kanak, remaja dan dewasa dan warga emas. Pengasasnya, Ahmad…

Read More

Penganjur, peserta teruja program World #QuranHour

IPOH – “Alhamdulillah, saya memang suka sekali dengan program ini sebab ia ada kaitan al-Quran,” demikian komen Pengerusi Hal Ehwal Wanita (Helwa) Masjid Muhammadiah (Masjid Cina Muslim) Taman Tasek Jaya, Hafsah Chung ketika mengulas berhubung program World #QuranHour 2019 yang dianjurkan di sini, hari ini. Hafsah berkata, secara keseluruhannya program berkenaan adalah penganjuran kali ketiga…

Read More

Alunan surah al-Kahf bergema sempena World #QuranHour

GOMBAK – Alunan surah al-Kahf bergema di seluruh dunia sempena World #QuranHour yang berlangsung hari ini. Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut mencemar duli berangkat ke lokasi perdana di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini. Ketibaan baginda pada jam 11.40 pagi diiringi Menteri Besar Selangor, Amirudin…

Read More

Peserta mahu World #QuranHour diteruskan

KUALA TERENGGANU – Peserta program World #QuranHour berharap agar ia diteruskan pada masa akan datang kerana manfaatnya kepada umat Islam. Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Marang, Nur Amalina Abd Manan, 26, berkata, program itu dapat membantu mendekatkan diri dengan al-Quran selain membantu memahami maksud ayat-ayat suci itu. “Program begini amat bagus sebab tak semua…

Read More

World #QuranHour jenama rentas budaya, negara

ALOR SETAR – World #QuranHour mampu menjadi jenama terkenal yang berjaya mempromosikan budaya membaca al-Quran di kalangan umat Islam daripada pelbagai lapisan masyarakat, merentas budaya dan negara di peringkat antarabangsa. Exco Agama Islam Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh berkata, kejayaan hebat program yang sudah memasuki tahun keempat diadakan secara besar-besaran ini mampu menarik masyarakat Islam…

Read More

Hotel Permai konsisten anjur World #QuranHour setiap tahun

KUALA TERENGGANU – Penganjuran program World #QuranHour setiap tahun memberi peluang kepada umat Islam untuk menghayati kehebatan dan rahmat yang terkandung dalam al-Quran. Pengurus Besar Hotel Permai, Noralizan Abdul Rahman berkata, tidak mahu ketinggalan untuk bersama-sama memburu pahala Ramadan, pihaknya secara konsisten menganjurkan program berkenaan setiap tahun. Menurutnya, pada tahun ini, pihaknya berjaya mengumpul kira-kira…

Read More

Bekerja bukan penghalang sertai World #QuranHour

KUANTAN – World #QuranHour yang dilaksanakan serentak di seluruh dunia, hari ini, tidak menjadi penghalang bagi masyarakat yang bekerja untuk menyertainya demi membudayakan al-Quran dalam kehidupan mereka. Salah seorang peserta, Aziz Ibrahim, 55, berkata, dia sungguh teruja apabila mengetahui World #QuranHour akan diadakan berdekatan masjid di rumahnya walaupun dia perlu bekerja hari ini. Namun, dia…

Read More

Rumah Ngaji jayakan World #QuranHour

LUMUT – Lebih 50 peserta menjayakan program World #QuranHour 2019 yang dianjurkan Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh, di sini hari ini. Program dimulai dengan bacaan solat sunat Dhuha dan sesi tazkirah agama itu turut diserikan dengan kehadiran Isteri Orang Besar Jajahan Manjung, Datin Nor Shuhada Osman sebagai tetamu jemputan khas sambil diiringi Pengasas Rumah Ngaji…

Read More

10,000 peserta World #QuranHour di Terengganu

KUALA TERENGGANU – Program World #QuranHour yang berlangsung serentak di seluruh dunia semalam berjaya menarik kira-kira 10,000 peserta Terengganu dari 95 hotspot. Penyelaras Rumah Ngaji Terengganu, Mohd Al-Azahary Abdullah Sani berkata, terdapat tiga lokasi utama program berkenaan, iaitu Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT), Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu. Johan…

Read More

Mufti Pahang sokong World #QuranHour

KUANTAN – Mufti Pahang menyokong penuh penganjuran program World #QuranHour yang memberi manfaat dan kesan positif bukan sahaja melibatkan rakyat Malaysia malah masyarakat di seluruh dunia. Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata, program tersebut merupakan usaha yang baik untuk menghidupkan dan menghayati al-Quran. Menurutnya, pihaknya melihat program tersebut mendapat sambutan menggalakan daripada umat Islam…

Read More