Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Entertainment
  • Isan Nikah”: Komedi Islamik Thailand Tentang Cinta, Perbezaan dan Sebuah Perkahwinan
  • Entertainment
  • Filem

Isan Nikah”: Komedi Islamik Thailand Tentang Cinta, Perbezaan dan Sebuah Perkahwinan

Helmi Aziz July 15, 2025 2 minutes read
ISAN NIKAH - IG

Filem komedi Islamik dari Thailand berjudul Isan Nikah bakal menemui penonton Malaysia bermula 17 Julai 2025 menerusi tayangan eksklusif di pawagam seluruh negara. Naskhah ini merupakan hasil terbaru syarikat produksi Monwichit Entertainment, yang sebelum ini mencipta fenomena melalui filem seram Islamik Khong Khaek pada tahun lalu. Berbeza kali ini, Isan Nikah mengetengahkan genre komedi dengan tema yang jarang dipaparkan perkahwinan antara dua insan berlainan agama dan budaya.

Disutradarai oleh Kriangkrai Monwichit, filem ini mengangkat kisah seorang gadis Muslim dari selatan Thailand yang ingin berkahwin dengan kekasihnya, seorang jejaka beragama Buddha yang kemudiannya memeluk Islam. Namun, perkahwinan mereka cuba digagalkan oleh abang kepada gadis berkenaan yang melakukan pelbagai helah demi menggagalkan hubungan tersebut. Dihiasi dengan unsur humor, konflik kekeluargaan dan budaya, Isan Nikah memberikan sentuhan yang mencuit hati namun sarat dengan nilai moral serta pengajaran.

Menurut pengarahnya, Kriangkrai turut menjadikan latar tempat kampung halamannya sebagai inspirasi, menampilkan elemen budaya, sejarah, makanan dan gaya hidup masyarakat Muslim di selatan Thailand. Filem ini bukan sahaja menyentuh isu sensitif dengan bijaksana, malah meraikan kepelbagaian melalui lensa Islamik yang inklusif.

Barisan pelakon terkenal Thailand turut membintangi filem ini, antaranya Nattawut Sanyabut, Chatchai Chinnasri, Kamonporn Sangwatcharasoontorn, Adull Borsu serta influencer popular Amadkuciasree Doloh @ Chalee yang dikenali dengan identiti Muslim di media sosial.

Di Malaysia, Isan Nikah akan diedarkan oleh Empire Film Solution Sdn. Bhd. Pengarah Urusan syarikat tersebut, Mohamad Zubir Badar Shair menyatakan pihaknya tertarik untuk membawa filem ini ke pasaran tempatan kerana mesejnya yang segar dan hiburan ringan yang mendidik. Tambah beliau, sudah tiba masanya penonton tempatan melihat sisi lain dari sinema Thailand, bukan hanya genre seram semata-mata, tetapi juga kisah komedi bercorak Islamik yang mencerminkan kehidupan masyarakat Muslim di rantau itu.

Beliau berharap agar sambutan positif diberikan kepada Isan Nikah, sekali gus membuka laluan lebih luas untuk filem-filem Islamik dari Thailand memasuki pasaran Malaysia di masa akan datang. Isan Nikah menjanjikan satu pengalaman sinema yang unik menghiburkan, menginsafkan dan mendekatkan kita dengan pelbagai dimensi kehidupan.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: AMK Indie 2025 Ditunda ke November: Seruan Memperkasa Sokongan Pemuzik Lokal
Next: SAMSOL Tonjol Sisi Lebih Peribadi Menerusi Single Solo Sulung ‘BORAK

Related Stories

TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
MTR Penang_carousel_v3 -01
  • Arts & Culture
  • Entertainment
  • Live Concerts
  • News

Satukan Ahli Majlis, Konsert Ella Edisi 60 Permata Biru Bakal Gegar Utara

Allya Adriana May 6, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.