Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • CONCERT
  • Juicy Luicy Gegarkan Kuala Lumpur dalam Ruang Inspirasi Festival (RIF) 2025
  • Artist
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Music

Juicy Luicy Gegarkan Kuala Lumpur dalam Ruang Inspirasi Festival (RIF) 2025

Helmi Aziz July 16, 2025 3 minutes read
JUICY LUICY 8

Peminat muzik tanah air, terutamanya generasi muda, bakal disajikan dengan satu pengalaman konsert yang luar biasa menerusi penganjuran Ruang Inspirasi Festival (RIF) 2025 yang akan berlangsung pada 17 Ogos ini, bertempat di Mega Star Arena, Kuala Lumpur. Festival ini bakal menampilkan band pop alternatif terkenal dari Indonesia, Juicy Luicy, sebagai artis utama bagi fasa pertama pengumuman, dengan barisan artis fasa kedua yang akan diumumkan tidak lama lagi.

RIF bukan sekadar konsert biasa, sebaliknya ia membawa konsep segar yang menggabungkan persembahan muzik dengan elemen inspirasi serta perkongsian cerita peribadi di sebalik karya-karya popular artis yang terlibat. Dianjurkan oleh Expoindo bersama Thrive sebagai rakan penganjur tempatan, festival ini menjanjikan suasana yang lebih dekat, menyentuh emosi dan penuh makna kepada para penonton.

Menurut Bram Tulong yang mewakili Expoindo, pemilihan nama ‘Ruang Inspirasi’ tercetus daripada niat untuk mewujudkan satu ruang yang tidak hanya berfungsi sebagai hiburan, tetapi juga sebagai sumber inspirasi kepada masyarakat. Katanya lagi, Juicy Luicy merupakan antara kumpulan muzik yang paling digemari oleh anak muda di Malaysia kerana karya mereka yang sarat dengan emosi dan menggambarkan realiti kehidupan, termasuk lagu-lagu hits seperti ‘Lantas’, ‘Lampu Kuning’ dan ‘Sialan’.

RIF 2025 juga menjanjikan sebuah pengalaman yang berbeza kerana artis-artis yang terlibat bukan sahaja akan membuat persembahan, malah turut berkongsi perjalanan seni serta kisah peribadi mereka bersama penonton. Penganjur ingin mewujudkan suasana yang lebih intim dan bermakna, di mana penonton tidak hanya menonton dari jauh, tetapi dapat merasai sendiri pengalaman yang lebih peribadi dan menyentuh jiwa.

Bukan itu sahaja, RIF turut merancang untuk memperluaskan festival ini ke bandar-bandar utama lain di Malaysia sebagai usaha menyatukan komuniti melalui muzik serta menjadi platform serantau bagi merapatkan hubungan antara artis dari Malaysia dan Indonesia. Menurut Johnathon Wong dari BBO Events, RIF diharapkan menjadi jambatan budaya dua hala yang dapat memperkukuhkan hubungan dalam industri hiburan serantau.

Sebagai kelainan, RIF 2025 akan menampilkan dua sesi persembahan dalam satu hari sebelah tengah hari dan malam bagi memberi peluang kepada lebih ramai peminat untuk menyertainya. Tiket untuk sesi tengah hari telah diumumkan melalui Instagram dan TikTok rasmi @rifest.my, manakala tiket bagi sesi malam yang menampilkan Juicy Luicy dijual pada harga promosi presale iaitu RM528 (Presale VVIP-Seated), RM328 (Presale VIP-Seated), RM258 (Presale Gold-Seated), RM158 (Presale Platinum Standing) dan RM128 (Presale Silver-Seated).

Tiket untuk menyaksikan Juicy Luicy dalam RIF 2025 kini boleh didapati mulai 3 Julai 2025 melalui aplikasi BBO Events atau laman rasmi www.ri-fest.com/kualalumpur. Untuk sebarang perkembangan terkini, peminat boleh mengikuti laman Instagram dan TikTok rasmi di @rifest.my.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: SAMSOL Tonjol Sisi Lebih Peribadi Menerusi Single Solo Sulung ‘BORAK
Next: Soar in Style: Cathay Pacific Celebrates World’s Best Economy Class with Limited-Time RM520 Discount

Related Stories

TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
5 SEBAB KENA TENGOK PEWARIS SUSUK copy 2 (1)
  • Artist
  • Filem Seram
  • Telefilem

5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Luqman Hakim May 6, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.