Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Smart Stream tambah stesen minyak di luar bandar
  • ACTIVITY

Smart Stream tambah stesen minyak di luar bandar

Helmi Aziz May 14, 2019 2 minutes read
310854.jpg

KUANTAN – Lebih banyak stesen minyak mini akan dibuka dan ditambah secara berperingkat di kawasan pedalaman khususnya kawasan Felda.

Inisiatif ini dilaksanakan syarikat pembekal minyak dan diesel, Smart Stream Resources Sdn Bhd (Smart Stream) yang turut menjalinkan kerjasama dengan Petronas.

Pengarah Urusannya, Mohd Khairuddin Saimon berkata, penambahan jumlah stesen minyak mini itu adalah antara pelan jangka panjang syarikat berkenaan dalam mengukuhkan lagi jenama Smart Stream dalam kalangan masyarakat luar bandar.

Menurutnya, ini juga merupakan alternatif pihaknya dalam menjadikan stesen minyak jenama Smart Stream setaraf dengan stesen minyak yang berada di kawasan bandar.

“Buat masa ini kita sudah mengendalikan 75 stesen minyak mini dan hari ini kita memulakan operasi secara rasmi di Felda Sungai Panching Selatan menjadikan ia stesen ke 76 dimiliki Smart Stream di seluruh negara dan stesen ke 27 di Pahang.

“Untuk pelan jangka panjang, kita menyasarkan 100 stesen minyak mini dibuka dan diuruskan Smart Stream di seluruh negara menjelang hujung tahun depan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Stesen Minyak Mini Smart Stream di Felda Sungai Panching Selatan, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pahang, Mohd Suffian Mohd Abass.

Pada majlis itu, Smart Stream mengadakan program isian minyak percuma kepada pemilik motosikal di kawasan berkenaan sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat terbabit sempena bulan Ramadan.

Sementara itu, mengulas mengenai kerjasama dengan Petronas, Mohd Khairuddin berkata, kerjasama yang dilakukan sejak Disember lalu bagi memastikan kestabilan bekalan petrol dan diesel untuk melancarkan operasi stesen minyak mini dikendalikan pihaknya.

“Kerjasama ini juga adalah untuk memantapkan lagi jenama kami dan kita sedang melakukan penjenamaan semula Smart Stream secara berperingkat, termasuk melengkapkan stesen kami dengan sistem yang membolehkan pelanggan menggunakan Kad Mesra Petronad apabila berurusan di stesen kami.

“Dengan cara ini kita dapat memberi kemudahan pemegang kad Mesra yang dapat menambah mata mereka jika mereka mengisi minyak di Smart Stream

“Selain itu, kita juga akan meningkatkan lagi kemudahan di semua stesen kendalian Smart Stream bagi memberikan keselesaan kepada pengguna,” katanya.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Hukum solat tarawih bersendirian
Next: 6 negeri catat kes denggi tertinggi

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.