Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Sport
  • Senaman kuatkan otot tangan
  • Sport

Senaman kuatkan otot tangan

Helmi Aziz February 2, 2019 2 minutes read
170193.jpg

Kepada mereka yang berada dalam lingkungan usia 50 tahun ke atas, anda digalakkan mengamalkannya

ANDA sudah berusia 50 tahun atau lebih tua daripada itu dan merasakan sudah terlambat untuk melakukan senaman kecergasan?

Sebaiknya, jangan ada persepsi sebegitu. Jurulatih Kecergasan Herbalife Independant Distributor, Kapten Intan Kursiah Mohd Yusof atau lebih mesra dengan panggilan Coach Kapten Intan berkata, anda semua belum terlewat lagi.

Kata beliau, selain pemakanan sihat, aktiviti kecergasan banyak membantu kesihatan tubuh badan.

Antara amalan terbaik boleh dilakukan ialah berjalan sekeliling taman perumahan sendiri sekitar dua kilometer sehari. Dari semasa ke semasa, tingkatkan jarak berjalan.

“Apabila badan ringan, anda akan ada keinginan melakukan senaman lebih mencabar,” katanya ketika bertandang di studio Sinar Karangkraf, Shah Alam baru-baru ini.

Adakah apabila di rumah, ia boleh mengehadkan aktiviti? Jawapannya, tidak.

Coach Kapten Intan berkata, di rumah, anda boleh melakukan senaman menguatkan otot tangan.

“Dengan dua dumbell seberat setengah kilogram (kg) sebagai permulaan, ia boleh ditambah kepada 1kg apabila tangan mulai kuat. Dumbell boleh diganti dengan air botol mineral seberat 500 ml.

“Jika sakit lutut, gunakan kerusi supaya berat anda ditampung dan boleh melakukan senaman walaupun dalam keadaan duduk,” katanya.

Berikut, Coach Kapten Intan menunjukkan langkah-langkah tepat bersenam menguatkan otot tangan.

Selamat mencuba!

Step 1:

1. GENGGAM dumbell dan berdiri posisi seperti dalam gambar.

2. ANGKAT dumbell ke paras bahu.

3. ANGKAT dumbell dan tangan lurus ke atas. Tiga pergerakan bersamaan kiraan 1.

Ulang 8 kali, 3 set.

Step 2:

1. BERDIRI dan dengan tangan, genggam dumbell kemas-kemas.

2. SILANG tangan seperti gerakan gunting atas dan bawah.

3. KEMBALI ke posisi asal. Ulang 8 kali, 3 set.

Step 3:

1. BERDIRI sedikit ke sisi. Pegang sebelah dumbell posisi seperti dalam gambar.

2. BUAT gerakan seperti menarik.

3. TARIK sehingga ke paras bahu. Ulang 8 kali, 5 set

Step 4:

1. GENGGAM dumbell kemas kemas.

2. ANGKAT tangan ke paras bahu (seperti buka kepak)

3. ULANG 8 kali, 5 set.

Step 5:

1. GENGGAM dumbell kemas-kemas.

2. ANGKAT lutut kanan sambil tangan bawa ke bawah lutut. Turunkan kaki, kembali ke posisi (1).



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Wanita tidak tahan tekanan
Next: Risaunya impak herba dalam tubuh…

Related Stories

Byon Combat Showbiz Vol. 7 (BM) Poster
  • Lifestyle
  • News
  • Sport
  • Sports

BYON COMBAT SHOWBIZ 7 Akhirnya Tiba, Kuala Lumpur Jadi Tuan Rumah Debut Antarabangsa.

Allya Adriana April 22, 2026
WhatsApp Image 2026-04-21 at 15.40.23
  • Community
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Event
  • Sport

Sokongan FINAS Perkukuh Golf Amal Selebriti Demi Kebajikan Penggiat Filem

Farihin Azlan April 22, 2026
image (1)
  • Health
  • Sport

Strategic Alliance Between Sunway Medical Centre Velocity and ISN to Elevate Athlete Treatment and Recovery

Yasmin Zainal April 20, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.