Penganjuran T-Fight All Star 2026 di Stadium Titiwangsa berlangsung dengan penuh meriah apabila menghimpunkan lapan pertarungan sengit melibatkan barisan pejuang tempatan dan antarabangsa. Sejak awal acara, setiap pertarungan menampilkan aksi bertenaga serta disiplin tinggi, namun tumpuan utama sudah pasti terarah kepada perlawanan kemuncak yang dinanti-nantikan penonton. Sorakan bergema memenuhi stadium sebaik sesi walkout berlangsung, sekali gus meningkatkan debaran sebelum aksi utama bermula. Dalam pertembungan tersebut, Buakaw berjaya menewaskan Menggofeng menerusi keputusan mata selepas aksi yang cukup kompetitif dan seimbang, dengan beliau dilihat lebih konsisten dari segi serangan serta kawalan gelanggang sehingga memikat hati juri untuk memberikan kemenangan mutlak.
Dalam masa yang sama, perhatian turut terarah kepada legenda Muay Thai dunia, Buakaw Banchamek yang sekali lagi membuktikan kehebatannya masih utuh walaupun telah berusia 43 tahun. Berdepan lawan yang jauh lebih muda, Menggofeng yang berusia 29 tahun, Buakaw tetap mempamerkan ketahanan fizikal, pengalaman dan taktikal yang tinggi, sekali gus menunjukkan bahawa usia bukan penghalang untuk terus bersaing di peringkat tertinggi. Aksi yang dipamerkan turut mengukuhkan statusnya sebagai legenda sejati dan ikon yang terus menjadi inspirasi dalam dunia Muay Thai.
SHAMSUEFFENDI MOHAMMAD PENGASAS TFIGHT
Menurut pengasas T-Fight, pihaknya merancang untuk membawa masuk nama besar Muay Thai dunia seperti Rodtang Jitmuangnon bagi edisi akan datang, namun perkara tersebut masih di peringkat perancangan dan belum dimuktamadkan. Secara keseluruhan, T-Fight All Star 2026 berjaya mencipta malam yang penuh aksi, dramatik dan berprestij, sekali gus mengangkat martabat sukan tempur di Malaysia ke tahap yang lebih tinggi. Terima kasih.
Arena sukan tempur tanah air bakal kembali mencuri tumpuan dengan penganjuran T-Fight All Star 2026 yang dijadualkan berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada 24 April 2026. Acara berprestij ini akan menghimpunkan atlet tempur berbakat dari pelbagai kelab dan latar belakang untuk mempamerkan kemahiran, disiplin serta semangat kesukanan dalam suasana yang kompetitif dan profesional.
Kejohanan ini dijangka menarik minat peminat Muay Thai dari dalam dan luar negara, lebih-lebih lagi dengan kehadiran ikon Muay Thai dunia, Buakaw Banchamek, yang akan beraksi dalam perlawanan utama bagi kategori 71 kilogram. Penampilan ini menjadi lebih istimewa kerana ia merupakan kali pertama beliau bertanding di Malaysia, sekali gus mencipta sejarah tersendiri kepada peminat sukan tempur tempatan.
Secara keseluruhan, T-Fight All Star 2026 akan menampilkan tujuh perlawanan melibatkan atlet dari Malaysia, Thailand, China, Indonesia, Kemboja, Uganda dan Maghribi, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai kejohanan Muay Thai bertaraf antarabangsa.
Dalam perlawanan utama, Buakaw dijadualkan menentang petarung dari Beijing, Meng Gaofeng, dalam pertembungan antara Thailand dan China yang dijangka berlangsung sengit serta berintensiti tinggi. Atlet berusia 28 tahun itu mempunyai rekod profesional sebanyak 45 perlawanan dengan 33 kemenangan, termasuk sembilan kemenangan secara knockout, selain pernah menjuarai Wu Lin Feng China 2020 serta memegang gelaran WLF World Champion dan IPCC China Champion.
Pertembungan dua kuasa besar sukan tempur Asia ini dijangka menjadi tarikan utama kejohanan, di samping memberi peluang kepada peminat untuk menyaksikan aksi legenda dunia secara langsung buat pertama kali di Malaysia. Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada urusetia media.
Pickleball in Malaysia is rapidly evolving from a casual recreational activity into a highly competitive, performance-driven sport. As the pace of the game intensifies and more players embrace structured competition, Skechers is stepping up to meet these demands with the expansion of its Viper Court collection. Designed specifically for modern pickleball athletes, the upgraded lineup focuses on delivering enhanced durability, responsive cushioning, and superior stability—key elements required for quick lateral movements, sharp pivots, and sustained rallies on the court.
Originally introduced in March, the collection now enters its second phase with an expanded range of performance-driven styles tailored to different levels of play. Among the highlights is the Skechers Viper Court Pro 2.0, available in multiple colourways for both men and women, alongside the Skechers Viper Court Reload, which emphasizes comfort and everyday practicality. Building on this momentum, the April release introduces the Skechers Hands Free Slip-ins: Viper Court Elite 2.0—a standout model that integrates Skechers’ signature hands-free design into a high-performance court shoe—as well as the Skechers Viper Court Rally, crafted for players seeking lightweight agility and precision.
Across the entire Viper Court series, players can expect thoughtfully engineered features that enhance on-court performance. From responsive midsole cushioning to structurally supportive uppers and high-traction outsoles, each model is built to support dynamic gameplay. Notably, the collection has earned recognition from the American Podiatric Medical Association with its Seal of Acceptance, highlighting its contribution to foot health. Each shoe is also equipped with Skechers’ patented Arch Fit system, developed through more than 20 years of research and over 120,000 foot scans to provide podiatrist-certified arch support.
Leading the innovation is the Skechers Hands Free Slip-ins: Viper Court Elite 2.0, which redefines convenience without compromising performance. Featuring an athletic mesh and TPU upper, adjustable laces, and a supportive strap, the shoe ensures a secure fit during fast-paced play. Its hands-free slip-in design, combined with Heel Pillow technology, allows for effortless wear while maintaining stability during quick directional changes. Complemented by ECO FLIGHT cushioning and a durable Goodyear Gold compound outsole, the Elite 2.0 offers a balance of comfort, responsiveness, and controlled movement.
For elite-level competitors, the Skechers Viper Court Pro 2.0 delivers precision performance through advanced materials and court-specific engineering. Its upgraded mesh upper with reinforced overlays and a rubber toe guard enhances durability and breathability, while ULTRA GO Foam cushioning supports explosive movements and energy return. Paired with a non-marking Goodyear outsole, the shoe provides reliable grip, controlled slides, and optimal traction—making it an ideal choice for serious athletes.
Skechers Viper Court Pro 2.0™ | RM599
Meanwhile, the Skechers Viper Court Rally offers a lightweight solution for players who prioritize speed and agility. Constructed with breathable mesh and perforated leather, it delivers flexibility and structural support for quick lateral movements. The Skechers Viper Court Reload, on the other hand, focuses on ease of use and long-lasting comfort, featuring hands-free slip-in technology, a Relaxed Fit design, and machine-washable vegan materials for added practicality both on and off the court.
Skechers Viper Court Rally™ | RM399
To further strengthen its presence in the sport, Skechers has also introduced three of Malaysia’s top pickleball athletes as ambassadors for the collection: Colin Wong, Toi Sieu Ee, and Delia Arnold. Their involvement reflects the rapid growth of pickleball in the country and underscores Skechers’ commitment to supporting athletic performance through innovation and design.
Skechers Viper Court Reload™ | RM459
Priced from RM399, the Skechers Viper Court collection is now available nationwide at selected retail locations, including Pavilion Kuala Lumpur, Suria KLCC, and Sunway Pyramid, as well as online via Skechers Malaysia’s official website. As pickleball continues to gain traction, this latest release positions Skechers at the forefront of performance footwear innovation, supporting players as they transition from social rallies to serious competition.
Selepas mencetuskan fenomena luar biasa di Indonesia, platform sukan tempur sensasi, BYON COMBAT SHOWBIZ 7, akhirnya memilih Malaysia sebagai destinasi pertama untuk debut antarabangsanya. Melalui kerjasama strategik bersama Kharisma Music International, acara ini bakal membawakan satu dimensi baharu yang menggabungkan kehebatan disiplin tinju serta “kickstriking” dengan kualiti produksi hiburan moden yang cukup gah. Dijadualkan berlangsung pada 25 April 2026 di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur, acara ini dijangka bakal menghimpunkan lebih 3,000 peminat tegar yang mahu menyaksikan sendiri evolusi sukan tempur 360 darjah ini secara dekat.
Kejayaan BYON sebelum ini sememangnya tidak boleh dipandang remeh, dengan rekod jualan Pay-Per-View (PPV) melebihi 536,000 unit serta impak ratusan juta tontonan di platform digital. Momentum ini dibawa terus ke Malaysia bagi memberi peluang kepada peminat tempatan merasai pengalaman produksi visual bertaraf antarabangsa yang jarang sekali dilihat dalam acara sukan tempur biasa. Apa yang menarik, edisi kali ini bakal menampilkan barisan petarung elit dari Malaysia dan Indonesia yang akan bertembung di atas satu pentas, menjanjikan aksi berintensiti tinggi yang penuh debaran buat penyokong kedua-dua negara jiran ini.
Bukan sekadar aksi di dalam gelanggang, BYON COMBAT SHOWBIZ 7 turut mengekalkan identiti “showbiz” mereka melalui pelbagai pengisian menarik menjelang hari perlawanan. Peminat boleh mengikuti perkembangan rapat melalui sidang media rasmi, sesi face-off yang penuh drama, serta upacara weigh-in yang direka khas untuk menghidupkan suasana keterujaan. Segala aktiviti promosi ini bertujuan untuk memastikan peminat berasa sebahagian daripada perjalanan para petarung sebelum mereka melangkah masuk ke gelanggang utama.
Bagi memperluaskan capaian penonton di seluruh rantau, kerjasama strategik antara Media Prima dan Vidio turut dijalinkan bagi menyediakan perkhidmatan penstriman eksklusif. Kini, peminat di Malaysia boleh menyaksikan setiap detik pertarungan BYON7 secara langsung menerusi aplikasi Vidio dengan bayaran serendah RM17. Inisiatif ini bukan sahaja memudahkan akses kepada kandungan berkualiti, malah membuktikan bahawa sukan tempur kini sudah beralih ke satu tahap hiburan arus perdana yang lebih inklusif dan mudah dinikmati oleh sesiapa sahaja, di mana sahaja.