Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Sapura Secured Technologies tinjau pasaran baharu
  • ACTIVITY

Sapura Secured Technologies tinjau pasaran baharu

Helmi Aziz March 27, 2019 2 minutes read
242092.jpg

SAPURA Secured Technologies, syarikat terlibat dalam indutsri peralatan elektronik pertahanan, meninjau potensi pasaran ASEAN, Timur tengah dan Afrika Utara bagi memasarkan radio taktikal ketenteraan terbarunya, TRC 5200.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd Zarif Hashim berkata, syarikat itu menyasarkan untuk menjual 1,000 unit setahun radio itu terus kepada para pelanggannya atau melalui rakan kongsi globalnya.

“Alat komunikasi ini mempunyai pemprosesan digital berprestasi tinggi, dilengkapi transmisi digital bersama enkripsi tersedia bagi memastikan kerahsiaan dan komunikasi yang selamat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan radio itu di sini, semalam.

Pelancaran itu disempurnakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA’19) yang bermula hari ini hingga 30 Mac di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri & Resort World Langkawi.

Mohd Zarif berkata, radio itu mempunyai rangkaian liputan lebih baik, frekuensi yang lebih luas, membolehkannya menghantar video dan data serta penggunaan kuasa yang lebih rendah berbanding dengan pendahulunya, TRC5102.

TRC5102 adalah radio generasi pertama syarikat itu yang dilancarkan oleh Dr Mahathir pada LIMA 97.

Sementara versi terdahulu radio ketenteraannya dibangunkan dengan kerjasama rakan teknologi global, Zarif berkata Sapura telah menguasai teknologi dan berkeupayaan sepenuhnya dalam mereka bentuk, membangun dan mengeluarkan produknya di peringkat tempatan.

“Kami amat berbangga kerana ia 100 peratus direka bentuk, dibangunkan dan dikeluarkan oleh jurutera dan pakar tempatan kita, dengan hak harta intelek dimiliki Sapura,” katanya.

Beliau berkata selain mampu menghasilkan perkakasan bertaraf dunia, syarikat itu mempunyai keupayaan untuk membangunkan perisian kompleks dan menghasilkan enjin bertaraf dunia, menjadikannya teknologi yang sama taraf seperti yang digunakan oleh Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara. – Bernama



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Mujarabkah pil genius?
Next: Pakai kaca mata ikut bentuk wajah

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.