Hadir melancarkan majlis ialah Pengerusi FELDA, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek; Pengarah Besar FELDA, Dato’ Dr. Suzana Idayu Wati Osman; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Holdings Berhad, Dato’ Fakhrunniam Othman; Ahli Lembaga Pengarah FGV, Nurul Muhaniza Hanafi; serta Ketua Produk Pengguna Kumpulan FGV, Aznur Kama Azmir.
Sempena sambutan Aidilfitri 2026, SAJI melangkah lebih jauh dengan pelancaran kempen “Menyala Lagi Raya” yang bukan sahaja meraikan kemeriahan perayaan, malah memperkukuhkan kedudukannya sebagai jenama dapur pilihan rakyat Malaysia. Dilancarkan di Menara Felda, kempen ini menampilkan pendekatan menyeluruh merangkumi hiburan, inovasi produk dan kolaborasi strategik.
Antara sorotan utama ialah penghasilan muzikal lagu Raya yang bakal dilancarkan sebagai muzik video rasmi, membawa mesej kekeluargaan dan semangat tradisi dalam naratif yang menyentuh hati. Pendekatan kreatif ini sejajar dengan aspirasi FGV Holdings Berhad untuk terus mendekati pengguna melalui pengalaman jenama yang bermakna.
Dalam usaha memperkukuhkan portfolio produknya, SAJI memperkenalkan SAJI Pelengkap Rasa yang memudahkan penyediaan hidangan melalui campuran rempah serbaguna berasaskan bawang asli. Produk ini sesuai untuk pelbagai teknik masakan termasuk perapan dan panggangan. Sementara itu, SAJI Tepung Goreng Serbaguna pula dirumus untuk menghasilkan gorengan rangup sempurna, sama ada menggunakan kaedah tradisional atau air fryer, memenuhi keperluan gaya hidup moden.
SAJI kini turut menawarkan pelbagai produk dapur seperti marjerin, krimer, mi segera serta bahan masakan lain termasuk sos, kicap dan pes. SAJI turut memperkenalkan maskot rasmi baharu yang diberi nama “Kak Ji”.

Kak Ji digambarkan sebagai watak yang ceria, mesra dan penuh semangat di dapur. Watak ini melambangkan kehangatan dalam menyediakan hidangan serta peranan SAJI sebagai bahan dapur yang sering digunakan dalam pelbagai jenis masakan.
Kehadiran maskot ini juga diharap dapat menjadikan jenama SAJI lebih dekat dengan pengguna, khususnya generasi muda yang aktif mengikuti perkembangan jenama melalui platform media sosial.
Kempen ini turut diperkasakan dengan Peraduan SAJI Beli & Menang yang menawarkan hadiah keseluruhan sehingga RM50,000. Menerusi kolaborasi bersama Felda Travel, pemenang berpeluang menikmati Pakej Umrah Super Saver atau pakej percutian setara bernilai sehingga RM10,000. Selain itu, kerjasama dengan Seri Pacific Hotel menampilkan 15 video resipi eksklusif Ramadan serta promosi Buffet Ramadan yang turut melayakkan penyertaan peraduan.
Bagi meningkatkan keterlibatan pengguna, SAJI juga akan mengadakan aktiviti pensampelan selama 320 hari di pasar raya terpilih di seluruh Malaysia. Pendekatan ini bukan sahaja memperkukuh kesetiaan pengguna, malah memperluas pengalaman produk secara langsung kepada orang ramai.
Dengan gabungan elemen emosi, inovasi dan ganjaran menarik, “Menyala Lagi Raya” membuktikan komitmen SAJI untuk terus menjadi peneraju dapur rakyat Malaysia, bukan sekadar pada musim perayaan, tetapi sepanjang tahun.