Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Music
  • Rossa & PRIHATIN Santuni Jiwa Pelajar dalam Program Eksklusif UiTM
  • Campaign
  • Community
  • Music

Rossa & PRIHATIN Santuni Jiwa Pelajar dalam Program Eksklusif UiTM

Helmi Aziz October 19, 2024 (Last updated: October 19, 2024) 4 minutes read
oppo_2

oppo_2

Sebuah acara istimewa bertajuk “An Evening With Rossa: Music Insights And Inspiration” telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Konsert Seri Budiman, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

Majlis ini adalah hasil kolaborasi antara Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan Kolej Pengajian Seni Kreatif UiTM, dan ia telah berjaya menarik perhatian serta menyentuh hati para pelajar dengan perkongsian eksklusif oleh Dato’ Sri Rossa, seorang diva tersohor dari Indonesia yang telah mencipta nama dalam industri muzik selama lebih 25 tahun.

Majlis tersebut dimoderatori oleh Puan Siti Hajar Syaabani dari Urusetia Kolej Pengajian Seni Kreatif UiTM. Dengan pendekatan santai namun penuh makna, perbincangan ini membolehkan Dato’ Sri Rossa untuk lebih dekat dengan jiwa mahasiswa, memberi mereka peluang untuk mendalami pengalaman dan pemikiran seorang artis yang telah berjaya. Dalam sesi tersebut, beliau berkongsi rahsia kejayaannya kekal relevan selama lebih dua dekad dalam industri muzik, “Saya rasa, salah satu faktor utama ialah kerana lagu-lagu saya didengari oleh generasi berbeza. Ibu-ibu dan makcik-makcik mula-mula mendengar lagu saya, dan kini, anak-anak mereka pula yang menjadi pendengar setia. Ini yang membuatkan saya terus dekat dengan pelbagai generasi,” ujar Dato’ Sri Rossa dengan penuh kesyukuran.

Di samping itu, beliau juga mengambil kesempatan untuk mempromosikan filem dokumentari terbarunya, “All Access to Rossa 25 Shining Years,” yang bakal ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 18 Oktober 2024. Ketika ditanya mengenai pengalaman paling bermakna yang dikongsikan dalam filem tersebut, Dato’ Sri Rossa menjawab, “Satu pengalaman yang cukup bermakna buat saya adalah bagaimana saya dapat berkongsi sisi lain kehidupan saya yang orang lain tidak pernah tahu. Dari perjuangan saya sebagai seorang ibu tunggal hingga cabaran di sebalik menjayakan konsert 25 Shining Years pada tahun 2022, itu adalah antara momen paling peribadi dan berharga.”

Acara ini juga diserikan dengan sumbangan 10 buah bagasi serta barangan keperluan harian yang disampaikan oleh Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) kepada pelajar Fakulti Seni Kreatif UiTM. Sumbangan ini merupakan kesinambungan dari inisiatif PRIHATIN yang memberi fokus kepada membantu pelajar golongan B40. Sumbangan tersebut ditujukan khusus kepada pelajar seni sebagai sumber dorongan dan motivasi dalam melanjutkan pengajian mereka.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Dato’ Mohd Aizuddin Ghazali, “Filem ini bukan sahaja menggambarkan perjalanan luar biasa seorang artis terkenal, tetapi juga menyampaikan mesej nilai-nilai murni seperti kegigihan, semangat juang yang tinggi, serta sikap tidak mudah berputus asa. Ini adalah nilai-nilai yang boleh diambil iktibar oleh anak muda, khususnya pelajar IPT.”

Beliau juga menekankan bahawa kerjasama strategik antara Rossa dan PRIHATIN merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengumpulkan dana melalui sumbangan korporat, yang akan disalurkan terus kepada pelajar yang memerlukan. Usaha ini bertujuan untuk memperluas peluang dan aksesibiliti kebajikan, terutamanya dalam membantu pelajar yang kurang berkemampuan dalam bidang pendidikan. Ini seterusnya menjadikan PRIHATIN sebagai peneraju utama dalam menyediakan pelbagai bentuk bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Rossa

Dalam sesi perkongsian, Dato’ Sri Rossa juga memberikan nasihat kepada pelajar-pelajar UiTM, khususnya bagi mereka yang sedang menghadapi cabaran dalam kehidupan dan pengajian. “Tidak kira apa pun halangan yang kamu hadapi, jangan pernah berputus asa. Kejayaan tidak datang dengan mudah, tetapi jika kita terus berusaha, ia pasti akan menjadi kenyataan. Yang penting, jangan berhenti percaya pada diri sendiri,” ujarnya, memberi semangat kepada para hadirin untuk terus berjuang dalam mencapai impian mereka.

Sebagai penutup majlis, Dato’ Sri Rossa menjelaskan mengapa beliau sentiasa berkolaborasi dengan PRIHATIN. “Saya sangat kagum dengan usaha PRIHATIN dalam membantu pelajar-pelajar yang memerlukan. Saya percaya dalam menggunakan platform saya untuk menyokong misi yang memberi impak besar kepada masyarakat, terutama dalam bidang pendidikan. PRIHATIN dan saya berkongsi nilai yang sama dalam memastikan lebih ramai pelajar mendapat peluang yang mereka perlukan untuk berjaya,” katanya dengan penuh inspirasi.

Majlis ini diakhiri dengan penghargaan yang diberikan kepada Dato’ Sri Rossa oleh para pelajar dan kakitangan UiTM, yang terharu dengan kata-kata motivasi serta inspirasi yang beliau sampaikan. Majlis ini bukan sahaja menjadi platform perkongsian pengalaman tetapi juga satu simbol sokongan kepada generasi muda untuk terus bersemangat mengejar impian dan aspirasi mereka.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: ‘Masing Masing’ Versi Piano Ernie Zakri Raih Kejayaan Antarabangsa
Next: Teater ‘Di Sebalik Topeng’ Mengupas Realiti Kehidupan Kini

Related Stories

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
Photo 1 (1)
  • Campus
  • Community
  • Education
  • Food & Beverage (F&B)
  • Food Culture
  • Hospitality

Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

Farihin Azlan May 6, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.