Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • RMS lancar Siri Emas Edisi Khas sempena 100 tahun gerakan koperasi
  • ACTIVITY

RMS lancar Siri Emas Edisi Khas sempena 100 tahun gerakan koperasi

Helmi Aziz March 30, 2022 3 minutes read
1644827.jpg

KUALA LUMPUR – Anak syarikat Bank Rakyat, Rakyat Management Services Sdn Bhd (RMS) pada Rabu melancarkan Siri Emas Edisi Khas bersempena sambutan 100 tahun gerakan koperasi negara pada tahun ini.

Inisiatif itu dilakukan Bank Rakyat dan RMS sebagai tanda sokongan kepada koperasi negara serta pelanggan yang sentiasa menyokong sektor tersebut dalam meningkatkan aktiviti keusahawanan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, Siri Emas Edisi Khas tersebut hanya terhad 2,000 unit dan didatangkan dalam bentuk wafer seberat satu dan lima gram yang boleh didapati pada harga RM340 dan RM1,600 setiap satu.

Menurutnya, orang ramai juga boleh mendapatkan Siri Emas berkenaan dalam bentuk dinar atau kepingan emas pada harga RM1,300 setiap satu.

“Koleksi eksklusif keluaran RMS ini dilihat dapat memenuhi trend permintaan instrumen pelaburan emas patuh syariah yang amat tinggi pada ketika ini, sekali gus meningkatkan lagi penyertaan pelaburan emas fizikal secara patuh syariah dalam negara.

“Di samping itu, dengan menyimpan emas ini, ia juga memberi ingatan, kenangan dan sokongan atas kewujudan gerakan koperasi selama 100 tahun dalam negara kita,” ujarnya pada sidang media selepas menyempurnakan pelancaran Siri Emas Edisi Khas itu di Menara Kembar Bank Rakyat, di sini.

Pegawai Komunikasi Korporat RMS, Aimi Azman memegang dua keping Siri Emas Edisi Khas sempena sambutan 100 tahun gerakan koperasi pada majlis pelancarannya di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur pada Rabu.

Pegawai Komunikasi Korporat RMS, Aimi Azman memegang dua keping Siri Emas Edisi Khas sempena sambutan 100 tahun gerakan koperasi pada majlis pelancarannya di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur pada Rabu.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Ushawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Suriani Ahmad; Timbalan Ketua Setiausaha KUSKOP (Dasar & Pemantauan), Datuk Mohammad Radhi Abdul Razak dan Pengerusi Bank Rakyat merangkap Pengerusi RMS, Datuk Abd Rani Lebai Jaafar.

Mengulas lanjut, Noh memaklumkan, pelancaran produk emas itu juga merupakan salah satu daripada beberapa aktiviti yang disusun KUSKOP menjelang genap 100 tahun usia gerakan koperasi ditubuhkan di Malaysia pada Julai nanti.

“Jadi sebenarnya gerakan koperasi ini merupakan salah satu agensi yang tertua dalam negara kita. Telah banyak perubahan dibuat oleh gerakan koperasi ini dan akhirnya sekarang gerakan koperasi diletakkan di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang dinaungi Yang di-Pertuan Agong.

“Saya menyeru rakyat di luar sana untuk membeli emas ini di kedai-kedai Ar Rahnu Bank Rakyat di seluruh negara,” katanya.

Sementara itu, Abd Rani berkata, RMS mengambil peluang keemasan ketika ini untuk melancarkan Siri Emas Edisi Khas agar orang ramai termasuk koperasi di seluruh negara dapat mengabadikan kenangan bersejarah ini dalam bentuk koleksi emas, di samping menarik lebih ramai pelanggan baharu untuk membeli dan menyimpan emas.

“Menerusi pengeluaran Siri Emas terbaharu ini juga, RMS ingin menyampaikan mesej kepada masyarakat supaya memahami bahawa mereka boleh menggunakan emas sebagai satu aset yang boleh dilaburkan bukan sahaja untuk meningkatkan taraf ekonomi individu tetapi turut berupaya untuk menjana ekonomi negara,” jelasnya

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: OPPO Memperkenalkan Reno7 Z 5G
Next: Deftech, IDV tubuh pusat MRO tempatan

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.