RM105.3 bilion pelaburan baharu dijangka masuk Malaysia tahun depan

Tengku Zafrul - Foto: Bernama

Tengku Zafrul – Foto: Bernama

DEWAN Rakyat pada Isnin diberitahu sebanyak RM105.3 bilion pelaburan baharu dijangka masuk ke Malaysia pada tahun depan.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia membabitkan 984 projek yang setakat 31 Ogos lalu berada di peringkat rundingan di bawah seliaan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

“Jumlah berkenaan meliputi jangkaan pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak RM89.5 bilion sementara pelaburan langsung domestik (DDI) pula sebanyak RM15.8 bilion.

“Jumlah pelaburan itu merangkumi projek-projek daripada sektor perkilangan dengan cadangan pelaburan sebanyak RM73.6 bilion melibatkan 53 cadangan projek serta 931 cadangan projek dalam sektor perkhidmatan di bawah seliaan MIDA dengan cadangan pelaburan sebanyak RM31.7 bilion,” katanya ketika sesi pertanyaan menteri.

Sumber