Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Ringgit terus turun berbanding dolar AS
  • ACTIVITY

Ringgit terus turun berbanding dolar AS

Helmi Aziz February 19, 2020 1 minute read
628624.jpg

KUALA LUMPUR – Ringgit meneruskan penurunannya berbanding dolar AS mencecah paras 4.16 pada penutup hari ini apabila para pelabur terus mengelak daripada aset Malaysia di tengah-tengah kebimbangan terhadap penularan koronavirus (Covid-19).

Pada jam 6 petang, unit tempatan susut kepada 4.1600/1620 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1520/1560 pada Selasa.

Ketua Strategi Pasaran AxiCorp Stephen Innes berkata, pasaran masih sedang menilai impak daripada Covid-19 ke atas ekonomi negara.

“Selain itu, ringgit turut menerima kesan negatif selepas People’s Bank of China (PBoC) menetapkan kadar rujukan harian yuan di atas paras 7.00 di tengah-tengah kekukuhan dolar AS,” katanya kepada Bernama.

PBoC, pada Rabu, menetapkan kadar rujukan harian yuan pada 7.0012 berbanding 6.9826 pada Selasa.

Kali terakhir bank pusat itu menetapkan kadar lebih rendah daripada paras 7.0 adalah pada 25 Disember 2019.

“Saya merasakan pasaran kekal definitif sehingga pelabur memperoleh kejelasan daripada data ekonomi China,” katanya.

Pada penutup, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 2.9885/9910 daripada 2.9810/9850 pada Selasa dan susut berbanding pound Britain kepada 5.4101/4143 daripada 5.3951/4020.

Ringgit meningkat berbanding yen kepada 3.7729/7761 daripada 3.7838/7878 pada Selasa dan naik berbanding euro kepada 4.4932/4970 daripada 4.4950/5009. – Bernama



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Urus wabak ikut kaedah Islam
Next: Petronas Gas umum dividen 82 sen bagi tahun kewangan 2019

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.