Ringgit terus susut susulan lonjakan hasil Perbendaharaan 10 tahun AS

RINGGIT meneruskan aliran penurunannya apabila ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin selepas hasil Perbendaharaan 10 tahun AS mencecah paras 5.0 peratus dalam senario ketegangan geopolitik di Timur Tengah.

Pada jam 6 petang, unit tempatan itu merosot 0.49 peratus kepada 4.7900/7975 berbanding dolar AS daripada 4.7655/7700, Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit diasak tekanan dan kekal lemah berbanding dolar AS biarpun konflik Israel-Hamas menyaksikan beberapa perkembangan positif.

Beliau berkata, ini berikutan bantuan kemanusiaan seperti makanan, air dan bekalan ubat-ubatan dapat diserahkan kepada warga Palestin pada hujung minggu lepas.

Sumber