Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS

Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS

Ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.​​ - Gambar hiasan

Ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.​​ – Gambar hiasan

RINGGIT terus ditutup kukuh berbanding dolar AS pada Rabu susulan jangkaan oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat untuk melonggarkan dasar monetarinya tahun depan.

Pada jam 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6555/6605 berbanding dolar AS daripada 4.6760/6805 pada penutup Selasa.​

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, ia adalah hari yang kukuh untuk ringgit sejajar dengan mata wang Kumpulan 10 (G10), terutamanya yen Jepun, yang pulih dengan cepat daripada cetusan jualan besar-besaran disebabkan langkah Bank of Japan semalam.

Beliau berkata, pemangkin utama ialah jangkaan untuk pemotongan kadar faedah Fed dengan fokus penting ialah pada data perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) AS pada Jumaat.​

Sumber