Ringgit susut berbanding dolar AS seiring prestasi mata wang serantau

Ringgit susut berbanding dolar AS seiring prestasi mata wang serantau

RINGGIT mengakhiri urus niaga Rabu dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang juga hari ketiga berturut-turut selain seiring dengan prestasi mata wang serantau.

Perkembangan itu dicatatkan selepas Gabenor Rizab Persekutuan AS, Christopher Waller membuat kenyataan bahawa bank pusat negara maju berkenaan tidak berada dalam keadaan tergesa-gesa untuk mengurangkan kadar faedah utamanya.

Walaupun mengakui bahawa kadar inflasi AS “tidak terlalu jauh daripada sasaran dua peratus,” Waller sebaliknya menegaskan pendirian Fed yang tidak melihat keperluan mengurangkan kadar faedah dalam masa terdekat ini.

Pada jam 6 petang, ringgit susut nilai kepada 4.7145/7200 berbanding dolar AS daripada paras 4.6925/6965 yang dicatat semalam.

Sumber