Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Ringgit meningkat semula berbanding dolar AS
  • ACTIVITY

Ringgit meningkat semula berbanding dolar AS

Helmi Aziz April 15, 2019 2 minutes read
271009.jpg

RINGGIT meningkat semula berbanding dolar AS hari ini berikutan minat pelabur terhadap mata wang tempatan meningkat selepas kerajaan mengumumkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) disambung semula ketika sentimen lemah terhadap ringgit.

Pada jam 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.1080/1110 berbanding dolar AS daripada 4.1120/1170 ketika ditutup pada Jumaat.

“Penggiat pasaran khususnya mereka yang terlibat dalam sektor pembinaan memberi reaksi positif terhadap laporan mengenai ECRL.

“Limpahan daripada projek mega ini amat positif untuk pertumbuhan dan akan merangsang sentimen pelabur asing terhadap ekonomi negara,” kata peniaga.

Pada Jumaat, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan projek ECRL akan disambung semula pada kos yang lebih rendah iaitu RM44 bilion berbanding RM65.5 bilion sebelum ini.

Terdahulu hari ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company akan menubuhkan syarikat usaha sama 50:50 untuk mengurus, mengendalikan dan menyelenggara rangkaian rel ECRL.

Beliau berkata, keputusan tersebut akan mengurangkan beban kewangan negara yang sebelum ini terpaksa menampung keseluruhan kos operasi dan penyelenggaraan.

Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata projek tertangguh itu dijangka bermula Mei ini jika kesemuanya berjalan mengikut perancangan.

Sementara itu, dolar AS susut daripada aliran peningkatannya sebelum ini berikutan perkembangan terkini rundingan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang menyaksikan Beijing tidak melemahkan tuntutannya bagi perjanjian perdagangan itu.

Setiausaha Perbendaharaan AS Steve Mnuchin berkata, urus niaga perdagangan itu perlu melangkaui perjanjian terdahulu antara kedua-dua kuasa ekonomi dunia tersebut dan kedua-dua pihak “telah menghampiri pusingan akhir” untuk mengakhiri perang perdagangan dan tarif selama sembilan bulan

Secara keseluruhan ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kelompok mata wang utama.

Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.6698/6728 daripada 3.6744/6798 pada Jumaat lepas dan mengukuh berbanding euro kepada 4.6470/6520 daripada 4.6519/6596.

Unit tempatan bagaimanapun menyusut berbanding dolar US kepada 3.0378/0405 daripada 3.0367/0406 dan susut berbanding pound Britain kepada 5.3815/3866 daripada 5.3760/3842.- Bernama



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: PIKOM sambut baik pengumuman cukai digital enam peratus
Next: 2019 MERDEKA AWARD GRANT FOR INTERNATIONAL ATTACHMENT IS NOW OPEN

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.