Ringgit meningkat semula berbanding dolar AS semasa dibuka

Ringgit meningkat semula berbanding dolar AS semasa dibuka

RINGGIT meningkat semula berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila dibuka pada Jumaat, dalam keadaan sentimen pasaran yang lemah kerana pelabur menjangkakan satu lagi kenaikan suku mata ke atas Kadar Dana Rizab Persekutuan AS dalam mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan minggu depan.

Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7770/7810 berbanding dolar AS daripada 4.7855/7885 ketika ditutup pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, Indeks Dolar AS meningkat 0.07 peratus kepada 106.602 mata.

“Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS bagi suku ketiga 2023 agak mengejutkan kerana lebih kukuh berbanding jangkaan, iaitu pada 4.9 peratus suku ke suku (konsensus: 4.3 peratus) dengan pelaburan melonjak 8.4 peratus (suku kedua: 5.2 peratus) di samping prestasi perbelanjaan pengguna yang meningkat 4.0 peratus daripada hanya 0.8 peratus pada suku sebelumnya,” katanya kepada Bernama.

Sumber