Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal
  • ACTIVITY

Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal

Helmi Aziz April 5, 2022 2 minutes read
1651264.jpg

KUALA LUMPUR – Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), dipacu oleh minat belian terhadap mata wang tempatan tersebut, kata seorang penganalisis.

Pada jam 9 pagi ini, ringgit berada di paras 4.2175/2220 berbanding dolar AS daripada 4.2185/2215 yang dicatatkan pada akhir urus niaga pada Isnin.

Seorang peniaga berkata, perkembangan itu disebabkan oleh peningkatan semula sentimen di pasaran ekuiti tempatan yang menyaksikan indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI dibuka dengan menokok 2.74 mata kepada 1,601.66.

Bagaimanapun, dolar AS terus mengekalkan tarikannya sebagai mata wang selamat meskipun dalam persekitaran tidak menentu apabila Indeks Dolar AS (DXY) meningkat sebanyak 0.39 peratus kepada 98.989 mata, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid kepada Bernama.

“Prestasi ekuti yang mencatat pemulihan kukuh dengan indeks teknologi Nasdaq menokok 1.9 peratus untuk ditutup pada 14,532.55 mata manakala minyak mentah Brent sekitar AS$108 setong walaupun terdapat rancangan untuk melepaskan minyak simpanan oleh AS bagi menstabilkan harga minyak.

“Selain itu, keluk hasil Perbendaharaan AS pula menyaksikan nota dua tahun meraih pulangan lebih tinggi berbanding hasil 10 tahun, satu fenomena yang berkait rapat dengan kemungkinan berlakunya kemelesetan tidak lama lagi,” katanya menambah pasaran kewangan berdepan dengan setiap kelas aset memberi petunjuk yang bercampur-campur.

Mohd Afzanizam berkata, seiring dengan ketidaktentuan krisis ketenteraan di Ukraine serta isyarat lain daripada pasaran kewangan, permintaan terhadap mata wang selamat terutama dolar AS, dijangka terus menguasai setimen pasaran mata wang asing.

Berikutan itu, beliau berpendapat bahawa ringgit kekal kurang memberangsangkan dengan jangkaan mencecah paras sekitar RM4.22 berbanding dolar AS, pada Selasa.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ringgit naik berbanding pound Britain kepada 5.5296/5355 daripada 5.5330/5369 pada Isnin dan mengukuh berbanding euro kepada 4.6291/6341 daripada 4.6441/6474.

Unit tempatan itu bagaimanapun susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1091/1127 daripada 3.1082/1109 pada Isnin dan rendah berbanding yen Jepun kepada 3.4420/4462 daripada 3.4414/4442 sebelum ini. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Bank Dunia unjur ekonomi Malaysia tumbuh 5.5 peratus pada 2022
Next: Jualan suku pertama 2022 Perodua naik 6.4 peratus

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.