Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Ringgit mengukuh, dolar AS merosot
  • ACTIVITY

Ringgit mengukuh, dolar AS merosot

Helmi Aziz August 31, 2022 2 minutes read
1893482.jpg
Ringgit kembali mengukuh berikutan dolar AS merosot. - Gambar hiasan

Ringgit kembali mengukuh berikutan dolar AS merosot. – Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Ringgit mengukuh ketika ditutup pada Selasa apabila dolar AS kehilangan daya tarikan berbanding sekumpulan mata wang utama dalam persekitaran kebimbangan terhadap kadar faedah dan prospek inflasi global.

Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4745/4780 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.4885/4915 sewaktu ditutup pada Isnin.

Dilaporkan bahawa dolar AS merosot daripada paras tertinggi dalam tempoh 20 tahun selepas pemulihan dalam euro.

Angka terkini menunjukkan keyakinan pengguna Eurozone untuk bulan Ogos sejajar dengan unjuran berbanding paras terendah pada Julai manakala kadar inflasi Sepanyol bergerak perlahan kepada 10.4 peratus tahun ke tahun walaupun kekal pada paras tinggi.

Data inflasi awal Jerman untuk bulan Ogos akan dikeluarkan lewat hari Selasa.

Di peringkat tempatan, kadar inflasi adalah sejajar dengan jangkaan pasaran sebanyak 4.4 peratus pada Julai.

Seorang penganalisis memberitahu Bernama bahawa harga minyak yang stabil juga telah membantu melonjakkan ringgit untuk kekal pada paras tinggi pada Selasa.

Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) telah menyatakan bahawa ia akan mengurangkan pengeluaran jika perjanjian dengan Iran untuk menarik balik sekatan berlaku.

Harga minyak mentah Brent berada melebihi AS$102 setong.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2073/2103 daripada 3.2100/2126 ketika ditutup pada Isnin dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.2335/2363 daripada 3.2385/2409.

Unit tempatan turun berbanding euro kepada 4.4884/4919 daripada 4.4705/4735 dan turun berbanding pound Britain kepada 5.2472/2514 daripada 5.2439/2474. – Bernama.


Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Myra Putra: Pangsapuri dengan kemudahan taraf kondo pada harga berbaloi
Next: Tablet mini futuristik – Sinar Harian

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.