RINGGIT melantun apabila dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis dalam senario pasaran yang tidak menentu berikutan hala tuju berkaitan penurunan kadar faedah utama, kata ahli ekonomi. Pada jam 9.04 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7130/7180 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7145/7200 yang dicatatkan semalam. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid menyifatkan seakan wujud situasi ‘tarik tali’ antara pasaran dan pihak Fed membabitkan tempoh penurunan kadar faedah utama negara maju itu. “Tahap kemungkinan untuk Kadar Dana Fed dikurangkan pada Mac ini berdasarkan pasaran derivatif, kini susut 57.2 peratus daripada 73.6 peratus seminggu lalu. Baca artikel penuh Sumber Post navigation Bursa Malaysia gantung jualan singkat saham SCIB, JSB dan APB KK Super Mart buka cawangan ke-800 di Saujana Rawang
RINGGIT melantun apabila dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis dalam senario pasaran yang tidak menentu berikutan hala tuju berkaitan penurunan kadar faedah utama, kata ahli ekonomi. Pada jam 9.04 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7130/7180 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7145/7200 yang dicatatkan semalam. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid menyifatkan seakan wujud situasi ‘tarik tali’ antara pasaran dan pihak Fed membabitkan tempoh penurunan kadar faedah utama negara maju itu. “Tahap kemungkinan untuk Kadar Dana Fed dikurangkan pada Mac ini berdasarkan pasaran derivatif, kini susut 57.2 peratus daripada 73.6 peratus seminggu lalu. Baca artikel penuh