Ringgit kekal ditutup sedikit rendah berbanding dolar AS

Ringgit kekal ditutup sedikit rendah berbanding dolar AS

Ringgit kekal ditutup sedikit rendah berbanding dolar AS pada Selasa, - Gambar hiasan

Ringgit kekal ditutup sedikit rendah berbanding dolar AS pada Selasa, – Gambar hiasan

RINGGIT kekal ditutup sedikit rendah berbanding dolar Amerika Syarikat(AS) pada Selasa, sejajar dengan mata wang negara pesat membangun, susulan kebimbangan terhadap prospek ekonomi lembap, kata peniaga.

Pada 6 petang, mata wang tempatan susut kepada 4.7215/7255 berbanding dolar AS daripada 4.7150/7195 ketika ditutup pada Isnin.

Presiden Rizab Persekutuan Bank of Cleveland, Loretta Mester berkata, bank pusat AS mungkin perlu menaikkan kadar pada tahun ini dan kemudian mengekalkannya pada paras lebih tinggi untuk beberapa tempoh supaya inflasi pulih kepada sasaran 2.0 peratus.

Di peringkat tempatan, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berkata, ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan disokong oleh aktiviti berorientasikan domestik dan akan terus didorong oleh keadaan pasaran buruh dan pelaburan menjelang tahun depan.

Dalam ucapan pada Persidangan Antarabangsa mengenai Jenayah Kewangan dan Pembiayaan Keganasan (IFCTF) ke-13 pada Selasa, beliau berkata, keadaan pasaran buruh, khususnya pekerjaan dan upah, terus bertambah baik, menyokong kemampuan isi rumah untuk berbelanja.

Ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding beberapa mata wang utama.

Unit domestik turun berbanding yen Jepun kepada 3.1504/1533 daripada 3.1492/1524 ketika ditutup pada Isnin dan meningkat berbanding euro kepada 4.9500/9542 daripada 4.9677/9725.

Ringgit juga naik berbanding pound British kepada 5.7031/7079 daripada 5.7358/7413.

Mata wang tempatan juga didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang negara Asia lain.

Ringgit meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.7381/7540 daripada 12.7626/7796 pada Isnin dan tinggi berbanding rupiah Indonesia kepada 303.0/303.4 daripada 303.5/304.0.

Unit tempatan rendah berbanding peso Filipina kepada 8.31/8.32 daripada 8.30/8.31 ketika ditutup pada Isnin dan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.4366/4400 daripada 3.4373/4409. – Bernama

Sumber