Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Ringgit hampiri paras terendah dalam tiga bulan
  • ACTIVITY

Ringgit hampiri paras terendah dalam tiga bulan

Helmi Aziz April 19, 2019 2 minutes read
273949.jpg

RINGGIT ditutup pada paras hampir terendah dalam tempoh tiga bulan berbanding dolar AS hari ini, dijejaskan oleh sentimen lemah terhadap unit tempatan itu susulan kebimbangan mengenai kemungkinan penyedia indeks global, FTSE Russell menurunkan penarafan bon Malaysia.

Pada 6 petang ini, ringgit susut ke paras 4.1330/1360 berbanding dolar AS daripada 4.1310/1350 yang dicatatkan sewaktu penutupan pada Selasa.

Unit tempatan itu diniagakan pada paras 4.1410/1450 berbanding dolar AS pada 24 Jan, 2019.

Mengulas perkembangan itu, Naib Presiden Kanan (Pelaburan) Phillip Capital Management Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata kebimbangan mengenai kemungkinan penurunan penarafan itu telah mempengaruhi selera risiko pelabur selain menjejaskan sentimen kelemahan dolar AS tersebut.

Walaupun impak itu disifatkan sebagai berkemungkinan sementara, beliau sebaliknya menjangkakan aliran penyusutan ringgit itu akan berlanjutan sehingga akhir minggu ini.

“Aliran (jualan) dana asing kita sudah stabil dan sepatutnya keadaan serupa itu akan turut dialami aliran keluar dana tersebut. Kebimbangan ini (mengenai FTSE Russell) adalah reaksi atau tindak balas sementara.

“(Namun) kerajaan perlu menangani kebimbangan pengurus bon serta meningkatkan keyakinan mereka,” katanya kepada Bernama.

Menerusi Penilaian Klasifikasi Pendapatan Tetap Negara pertamanya, FTSE Russell meletakkan Malaysia dan China di bawah senarai pemantauan pasaran pendapatan tetap yang akan dinilai bagi tujuan potensi perubahan terhadap Paras Akses Pasaran masing-masing.

“Pada masa ini Malaysia diletakkan pada kedudukan ‘2’ dan dimasukkan ke dalam Indeks Bon Kerajaan Dunia FTSE (WGBI), namun dipertimbang untuk diturunkan ke tahap ‘1’ yang akan menjadikan Malaysia tidak lagi layak untuk disenaraikan dalam WGBI.

“FTSE Russell berkata ia akan terus terlibat dengan pengawal selia tempatan dan peserta pasaran di Malaysia dan China bagi menilai potensi perubahan terhadap senarai negara itu,” kata penyedia indeks global itu pada 15 April lepas.

Nazri Khan berkata data ekonomi China yang kukuh terbukti membantu menampung sentimen terhadap ringgit pada hari ini.

Ekonomi China berkembang pantas daripada unjuran awal 6.4 peratus bagi tiga bulan pertama tahun ini ketika langkah-langkah rangsangan mulai ketara dalam aktiviti ekonomi negara itu, sekali gus meredakan kebimbangan mengenai pemulihan di negara ekonomi kedua terbesar dunia berkenaan.

Sementara itu ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lainnya.

Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.6892/6925 daripada 3.6923/6963 pada Selasa dan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.3890/3946 daripada 5.4033/4102 sebelum ini.

Unit tempatan itu bagaimanapun susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0551/0583 daripada 3.0485/0526 semalam dan rendah berbanding euro kepada 4.6736/6774 daripada 4.6639/6688. -Bernama



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Bagaimana tahan diri daripada marah?
Next: U Mobile, Razer maju selangkah ke hadapan

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.