Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

RINGGIT meneruskan momentum positifnya untuk ditutup tinggi hari ini berbanding dolar AS apabila lebih ramai pelabur kembali beralih kepada mata wang negara sedang pesat membangun berikutan isyarat bercampur-campur daripada ekonomi global, kata para peniaga.

Pada jam 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6400/6440 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6405/6445 pada Selasa.

Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit lemah pada sesi dagangan awal pagi susut kepada 4.6580 tetapi melantun semula menuju pengakhiran dagangan dengan ditutup pada 4.6400.

“Jelas sekali, pasaran agak bimbang tentang penetapan masa penurunan kadar di Amerika Syarikat (AS). Nampaknya ada perbezaan antara apa yang dijangkakan pasaran, iaitu penurunan kadar pada Mac tahun ini dengan apa yang ahli Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) nyatakan dalam minit mesyuarat mereka.

Sumber