Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar AS
  • ACTIVITY

Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar AS

Helmi Aziz May 21, 2019 2 minutes read
303216.jpg

RINGGIT ditutup tidak berubah berbanding dolar US hari ini di tengah-tengah rancangan Amerika Syarikat (AS) untuk menaikkan tarif terhadap eksport China bernilai AS$200 bilion pada Jumaat, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, ringgit tidak berubah pada paras 4.1470/1500 iaitu sama semasa ditutup pada Selasa.

Laporan berita menunjukkan kebanyakan mata wang negara sedang pesat membangun menyusut berikutan muncul kebimbangan baharu terhadap perang perdagangan AS-China dan pertumbuhan global.

Rakan kongsi pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata peniaga sedang melihat terhadap kemungkinan kesan teruk daripada kenaikan tarif oleh AS terhadap pasaran eksport tempatan.

“Perlu ambil perhatian bahawa eksport Malaysia merosot 0.5 peratus pada Mac daripada setahun sebelumnya. Kami berpendapat jika perang perdagangan memuncak, keadaan itu akan mempengaruhi dan memberi kesan besar ke atas ringgit, berikutan jumlah tinggi eksport yang bertumpu ke China,” katanya.

Tarif lebih tinggi dijadual berkuat kuasa pada Jumaat, ketika itu Naib Perdana Menteri China Liu He akan berada di Washington bagi cubaan terakhir untuk memuktamadkan perjanjian pada Khamis.

Sementara itu, Naib Presiden Kanan Phillip Capital Management (Pelaburan), Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata, penurunan harga minyak akan memberi lebih tekanan terhadap prestasi ringgit dalam tempoh terdekat.

Beliau turut mengulas penurunan kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) kepada 3.0 peratus daripada 3.25 peratus (penurunan 25 mata asas) semalam, yang menurutnya akan menyaksikan hasil memberangsangkan dalam waktu terdekat.

“Ini seiring dengan penyambungan semula projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Bandar Malaysia yang akan meningkatkan kewangan korporat,” katanya kepada Bernama.

Ringgit juga diniagakan rendah berbanding kebanyakan mata wang utama yang lain.

Ia turun sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.0452/0479 daripada 3.0446/0472 pada Selasa dan susut berbanding yen kepada 3.7700/7738 daripada 3.7506/7540.

Mata wang tempatan, bagaimanapun, meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4027/4075 daripada 5.4288/4340, tetapi tidak berubah berbanding euro pada 4.6455/6501 daripada 4.6455/6505. – Bernama



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Kaedah pengambilan ubat semasa berpuasa
Next: Xiaomi lancar inovasi baharu yang lebih menakjubkan di Malaysia

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.