Ringgit susut kepada 4.7065/7105 pada jam 6 petang Jumaat berbanding dolar AS 4.6895/6965 ketika ditutup pada Khamis. – Gambar hiasan RINGGIT meneruskan aliran menurunnya untuk ditutup rendah buat hari keempat berturut-turut berikutan kenyataan yang cenderung menaikkan kadar faedah oleh Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) (Fed) Jerome Powell mengenai dasar monetari AS pada Khamis. Pada jam 6 petang, ringgit susut kepada 4.7065/7105 berbanding dolar AS 4.6895/6965 ketika ditutup pada Khamis. Ringgit kini mengakhiri sebahagian besar peningkatan baru-baru ini, namun kekal di atas paras terendah dalam 25 tahun. Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, kenyataan Powell semasa forum Tabung Kewangan Antarabangsa malam tadi mempunyai implikasi serius terhadap pasaran kewangan. Sumber Post navigation MyCC diminta teliti ‘penyatuan’ syarikat p-hailing Bank Islam menjangkakan KDNK Malaysia bagi S3 berkembang 3.2 peratus
RINGGIT meneruskan aliran menurunnya untuk ditutup rendah buat hari keempat berturut-turut berikutan kenyataan yang cenderung menaikkan kadar faedah oleh Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) (Fed) Jerome Powell mengenai dasar monetari AS pada Khamis. Pada jam 6 petang, ringgit susut kepada 4.7065/7105 berbanding dolar AS 4.6895/6965 ketika ditutup pada Khamis. Ringgit kini mengakhiri sebahagian besar peningkatan baru-baru ini, namun kekal di atas paras terendah dalam 25 tahun. Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, kenyataan Powell semasa forum Tabung Kewangan Antarabangsa malam tadi mempunyai implikasi serius terhadap pasaran kewangan.