Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS

Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS

RINGGIT mengakhiri minggu ini lebih kukuh berbanding dolar AS selepas dirangsang oleh sentimen positif bahawa China akan terus menyokong ekonominya bersama-sama mata wang serantau lain, kata seorang penganalisis.

Pada jam 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7275/7325 berbanding dolar AS daripada 4.7280/7350 yang dicatatkan semasa Rabu kelmarin.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid memberitahu Bernama selain disokong komitmen China, pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Amerika Syarikat (AS) yang lebih baik daripada jangkaan pada suku akhir tahun lalu juga nampaknya memberi kesan positif kepada ringgit.

KDNK AS berkembang pada kadar tahunan 3.3 peratus pada suku keempat, berdasarkan pengumuman Biro Analisis Ekonomi AS (BEA).

Sumber