Ringgit diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan

Ringgit diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan

RINGGIT dijangka didagangkan dalam jajaran kecil menjelang pengumuman set data ekonomi Amerika Syarikat (AS) peringkat satu seterusnya pada Jumaat depan yang mana senarai gaji utama bukan ladang (NFP) AS akan dikeluarkan, kata seorang penganalisis.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, data itu akan menjadi sangat penting untuk pasaran tukaran asing kerana ia boleh menentukan berapa lama Rizab Persekutuan AS akan mengurangkan kadar faedah jika ia berada di bawah jangkaan.

“Faktor lain yang boleh mendorong sentimen ringgit adalah hasil mesyuarat Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) yang mana, jika ia mengekalkan status quo tanpa mengurangkan pengeluaran, itu mampu mencetuskan kejatuhan harga minyak dan menjejaskan ringgit,” katanya kepada Bernama.

Namun begitu, beliau berkata, jika sebarang lonjakan dalam data NFP AS, mata wang tempatan boleh terus meningkat tetapi semuanya bergantung kepada data ekonomi AS.

Sumber