Ringgit dijangka berlegar antara RM4.71 dan RM4.73 minggu depan

Ringgit dijangka berlegar antara RM4.71 dan RM4.73 minggu depan

Ringgit dijangka kekal lemah minggu depan, dIjangka diniagakan antara RM4.71-RM4.73 berbanding dolar AS.

Ringgit dijangka kekal lemah minggu depan, dIjangka diniagakan antara RM4.71-RM4.73 berbanding dolar AS.

RINGGIT dijangka kekal lemah minggu depan, dIjangka diniagakan antara RM4.71-RM4.73 berbanding dolar AS.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit secara amnya berada pada kecenderungan yang lebih lemah minggu ini apabila data terus menunjukkan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dalam kedudukan kukuh.

“Ini akan menyokong nilai dolar AS. Melangkah ke hadapan, ringgit akan terus kekal lemah kerana pembelian dolar US akan meningkat kerana Kadar Dana Persekutuan AS dijangka kekal tinggi untuk tempoh lebih lama,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, tumpuan pasaran tempatan minggu depan ialah pembentangan Belanjawan 2024.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, ringgit melemah berbanding dolar AS kepada 4.7115/7155 daripada 4.6930/6970 yang direkodkan dalam minggu sebelumnya.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia menokok berbanding euro kepada 4.9720/9763 daripada 4.9802/9845, susut berbanding yen Jepun kepada 3.1612/1641 daripada 3.1482/1511, melonjak berbanding pound Britain kepada 5.7494/7543 daripada 5.7522/7571 sebelumnya.

Ringgit juga diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Unit tempatan naik berbanding baht Thailand kepada 12.7200/7367 daripada 12.8808/8964 dan menambah berbanding rupiah Indonesia kepada 301.7/302.1 daripada 303.5/303.9, Jumaat lepas.

Sementara itu, ringgit merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.4458/4493 daripada 3.4457/4489 dan rendah berbanding peso Filipina kepada 8.32/8.33 daripada 8.29/8.30. – Bernama

Sumber