Pada 9 pagi Selasa, nilai ringgit mengukuh untuk mencatatkan paras 4.6750/6800 berbanding dolar AS daripada penutup Isnin pada paras 4.6805/6850. – Gambar hiasan
Pada 9 pagi, nilai ringgit mengukuh untuk mencatatkan paras 4.6750/6800 berbanding dolar AS daripada penutup Isnin pada paras 4.6805/6850.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, anggaran konsensus telah menempatkan data keseluruhan indeks harga pengguna (IHP) AS untuk November 2023 pada 3.1 peratus, susut sedikit daripada 3.2 peratus sebelumnya, manakala IHP teras mungkin kekal pada 4.0 peratus.
Indeks Dolar AS (DXY) dilihat meningkat 0.08 peratus kepada 104.095 mata.