Ringgit dibuka tinggi berikutan sentimen pasaran lebih baik

Ringgit dibuka tinggi berikutan sentimen pasaran lebih baik

Ringgit dibuka tinggi berikutan sentimen pasaran lebih baik. Gambar hiasan

Ringgit dibuka tinggi berikutan sentimen pasaran lebih baik. Gambar hiasan

RINGGIT dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan sentimen yang lebih baik selepas data pasaran buruh Amerika Syarikat (AS) menunjukkan pertumbuhan pekerjaan, mengukuhkan jangkaan kepada penurunan kadar faedah tidak lama lagi, kata seorang penganalisis.

Pada jam 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7140/7190 berbanding dolar AS daripada 4.7165/7215 semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pada minggu lepas, Tuntutan Pengangguran Awal AS merosot kepada 187,000 berbanding anggaran konsensus sebanyak 207,000 manakala pada minggu sebelumnya, bacaan adalah pada 203,000.

“Ini bermakna pasaran buruh AS masih menunjukkan trend yang berdaya tahan walaupun dalam persekitaran kadar faedah yang tinggi.

Sumber