Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini

Pakar ekonomi mengunjurkan kadar pertukaran dolar AS-RM akan kekal stabil di sekitar paras semasa. - Gambar hiasan

Pakar ekonomi mengunjurkan kadar pertukaran dolar AS-RM akan kekal stabil di sekitar paras semasa. – Gambar hiasan

RINGGIT dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS kerana pasaran terus memantau sama ada Rizab Persekutuan (Fed) akan mengubah keputusan susulan laporan pasaran pekerjaan terkini minggu lepas, kata seorang penganalisis.

Pada 9.08 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6640/6690 berbanding dolar AS daripada kadar penutup Selasa 4.6675/6725.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pasaran nampaknya menilai semula keadaan ekonomi selepas pengumuman data gaji bukan ladang (NFP) minggu lepas.

“Pelabur menilai pendirian pegawai Rizab Persekutuan Neel Kashkari yang cenderung kepada menaikkan kadar faedah dengan menyatakan negara telah membuktikan daya tahannya walaupun terdapat peningkatan mendadak dalam kadar faedah. Dan menurutnya masih banyak lagi usaha yang perlu dilakukan untuk mengekalkan kadar inflasi yang lebih rendah,” katanya kepada Bernama.

Sumber