RINGGIT memulakan urus niaga Khamis dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan aktiviti pengambilan untung terhadap unit tempatan itu susulan prestasi peningkatannya yang ketara, baru-baru ini, kata penganalisis. Pada jam 9.20 pagi ini, ringgit diniagakan rendah pada paras 4.69600/7015 berbanding dolar AS daripada paras 4.6695/6755, semalam. Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, di peringkat luaran misalnya, data AS terus memaparkan keadaan ekonomi yang tepu apabila jualan runcitnya jatuh 0.1 peratus bagi bulan ke bulan pada Oktober iaitu penurunan pertama sejak Mac lepas. Namun, katanya, kadar jangka pendek lebih tinggi dengan hasil Perbendaharaan dua tahun AS meningkat lapan mata asas kepada 4.91 peratus berikutan keadaan pasaran yang kekal berhati-hati terhadap unjuran depan Kadar Dana Persekutuan bagi masa akan datang. Baca artikel penuh Sumber Post navigation 12 permohonan daripada syarikat swasta sertai IPR – Rafizi MAB terima Boeing 737-8 pertama
RINGGIT memulakan urus niaga Khamis dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan aktiviti pengambilan untung terhadap unit tempatan itu susulan prestasi peningkatannya yang ketara, baru-baru ini, kata penganalisis. Pada jam 9.20 pagi ini, ringgit diniagakan rendah pada paras 4.69600/7015 berbanding dolar AS daripada paras 4.6695/6755, semalam. Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, di peringkat luaran misalnya, data AS terus memaparkan keadaan ekonomi yang tepu apabila jualan runcitnya jatuh 0.1 peratus bagi bulan ke bulan pada Oktober iaitu penurunan pertama sejak Mac lepas. Namun, katanya, kadar jangka pendek lebih tinggi dengan hasil Perbendaharaan dua tahun AS meningkat lapan mata asas kepada 4.91 peratus berikutan keadaan pasaran yang kekal berhati-hati terhadap unjuran depan Kadar Dana Persekutuan bagi masa akan datang. Baca artikel penuh