Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Ringgit dibuka rendah, dolar AS terus mengukuh pagi ini
  • ACTIVITY

Ringgit dibuka rendah, dolar AS terus mengukuh pagi ini

Helmi Aziz April 18, 2022 2 minutes read
1666675.jpg

RINGGIT diniagakan rendah pagi ini berbanding dolar AS, menyaksikan permintaan yang lebih kukuh untuk dolar Amerika Syarikat itu, kata peniaga.

Pada jam 9.10 pagi, nilai mata wang tempatan susut kepada 4.2370/2410 berbanding dolar AS daripada 4.2330/2380 pada penutup hari Jumaat.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, tumpuan minggu ini adalah pada unjuran pertumbuhan global terkini Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk tahun 2022 dan 2023.

“Dalam satu temu bual minggu lepas, Pengarah Urusan IMF Kristalina Georgieva menyatakan bahawa institusi itu akan menyemak turun unjuran pertumbuhan globalnya sambil memetik perang di Ukraine telah menjejaskan harga komoditi dan inflasi dengan teruk,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam menambah, permintaan untuk aset selamat seperti dolar AS akan kekal berterusan kerana pasaran akan memantau pertumbuhan ekonomi China pada 2022.

“Pertumbuhan ekonomi China untuk suku pertama 2022 juga akan menjadi fokus dengan anggaran konsensus mengunjurkan kadar pertumbuhan pada 4.4 peratus daripada 4.0 peratus pada suku sebelumnya.

“Nampaknya China akan terus berkembang pada kadar sub-par kerana Strategi Sifar Covid mereka menjejaskan ekonomi. Dolar AS/ringgit mungkin bergerak antara RM4.23 dan RM4.24 hari ini,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan itu menambah nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.1161/1195 daripada 3.1198/1242 pada Jumaat tetapi merosot berbanding yen Jepun kepada 3.3486/3520 daripada 3.3465/3510.

Nilai ringgit meningkat berbanding pound Britain kepada 5.5267/5320 daripada 5.5308/5374 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.5772/5816 dari 4.5776/5830. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Dokumentari Istimewa Nuzul Quran, Tinta Syurga
Next: Bursa Malaysia dibuka tinggi seketika sebelum menyusut kemudiannya

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.