Ringgit dibuka rendah berikutan sentimen berhati-hati

Ringgit dibuka rendah berikutan sentimen berhati-hati

Ringgit susut kepada 4.6950/7025 berbanding dolar AS daripada 4.6920/6965 semalam. - Gambar hiasan

Ringgit susut kepada 4.6950/7025 berbanding dolar AS daripada 4.6920/6965 semalam. – Gambar hiasan

RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan pelabur kekal berhati-hati sementara menunggu panduan ke hadapan dalam persekitaran ketidaktentuan pasaran global, kata seorang penganalisis.

Pada jam 9 pagi, ringgit susut kepada 4.6950/7025 berbanding dolar AS daripada 4.6920/6965 semalam.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, mata wang tempatan dijangka diniagakan dalam jajaran kecil hari ini berikutan pelabur bersedia untuk menerima pengumuman dasar oleh bank-bank global.

“Tumpuan hari ini adalah pada mesyuarat dasar Bank of Japan (BoJ) berikutan peniaga mata wang sedang mencari petunjuk mengenai kemungkinan keboleh-balikan dasar monetarinya yang amat longgar.

Sumber