Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS menjelang mesyuarat FOMC

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS menjelang mesyuarat FOMC

Pergerakan pasaran pada Isnin dijangka rendah berikutan pelabur menunggu keputusan daripada mesyuarat FOMC. Gambar hiasan

Pergerakan pasaran pada Isnin dijangka rendah berikutan pelabur menunggu keputusan daripada mesyuarat FOMC. Gambar hiasan

RINGGIT dibuka rendah berikutan urus niaga berhati-hati oleh peniaga menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) yang dijadualkan pada 30-31 Januari ini.

Pada jam 9.10 pagi, ringgit susut kepada 4.7320/7360 berbanding dolar AS daripada 4.7275/7325 pada Jumaat lepas.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, pergerakan pasaran pada Isnin dijangka rendah berikutan pelabur menunggu keputusan daripada mesyuarat FOMC.

“Mesyuarat ini akan memberikan pandangan mengenai penilaian Rizab Persekutuan berhubung keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi yang pesat dan inflasi yang sederhana, faktor penting dalam menentukan hala tuju dasar monetari.

Sumber