Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

RINGGIT meneruskan aliran menurunnya berbanding dolar AS pada pagi ini apabila para pelabur mengambil pendekatan berhati-hati sementara menunggu pengumuman data keluaran dalam negara kasar (KDNK) esok, kata para peniaga.

Pada jam 9 pagi hari ini, ringgit diniagakan rendah pada 4.1715/1745 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1690/1720 pada Selasa.

Seorang peniaga berkata meskipun jangkaan data KDNK yang lemah, masih terdapat sektor yang dijangka berkembang dalam keadaan kelembapan sektor pembuatan, justeru, data itu boleh meningkatkan sentimen pelabur.

“Dengan peningkatan perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China, para pelabur mencari lokasi alternatif dan sekiranya Malaysia boleh menyediakan pilihan, ia sudah pastinya baik bagi negara,” katanya.

Mengenai minyak mentah, beliau berkata harga dijangka stabil antara AS$70 hingga AS$75 setong, memandangkan pelaburan tenaga global mencatatkan prestasi kukuh lebih AS$1.8 trilion pada 2018, mengakhiri penurunan tiga tahunnya.

“Sebagai sebuah negara pengeluar minyak, penstabilan harga adalah baik kerana ia tidak banyak mencatatkan turun dan naik, yang boleh membawa kesan kepada industri lain sekiranya harga jatuh terlalu rendah,” katanya.

Pada 9 pagi, petunjuk pasaran minyak mentah Brent berada pada AS$71.04 setong.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan diniagakan tinggi sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.0460/0484 daripada 3.0466/0499 pada Selasa tetapi susut berbanding yen Jepun kepada 3.8061/8099 daripada 3.8018/8048.

Ringgit mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.3858/3901 daripada 5.3955/4011 dan meningkat berbanding euro kepada 4.6733/6771 daripada 4.6843/6885 pada Selasa.- Bernama



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *