Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Inspirasi Destinasi Menarik Percutian Impian > AKTIVITI > Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR – Ringgit mengakhiri pengukuhan selama lima hari berturut-turut apabila ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu susulan aktiviti pengambilan untung, kata penganalisis.

Pada 6 petang Rabu, ringgit turun kepada 4.4050/4065 daripada 4.3945/3980 pada akhir urus niaga Selasa.

Menurutnya, ringgit dijangka terus tidak menentu berbanding dolar AS di tengah-tengah kebimbangan ketara berlakunya kemelesetan yang menjadikan penggiat pasaran lebih bersifat bertahan dan menyebabkan peningkatan permintaan bagi mata wang selamat seperti dolar AS.

“Selain itu, kejatuhan harga minyak akibat kebimbangan bahawa permintaan komoditi akan terjejas susulan kemungkinan kemelesetan tersebut, turut memberi kesan terhadap prestasi ringgit pada hari ini,” katanya.

Setakat petang ini, harga minyak mentah Brent yang juga penanda aras mencecah US$109.8 setong.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan mengukuh berbanding kelompok mata wang utama lain.

Ringgit naik berbanding pound Britain kepada 5.3966/3984 daripada 5.4035/4078 pada Selasa dan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1707/1722 daripada 3.1738/1768.

Unit tempatan itu meningkat berbanding euro kepada 4.6332/6348 daripada 4.6441/6478 semalam dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2392/2408 daripada 3.2448/2477. – Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium

Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Sumber