Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
  • ACTIVITY

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Helmi Aziz April 1, 2022 2 minutes read
1646799.jpg

KUALA LUMPUR – Nilai ringgit menyusut berbanding dolar AS pada pembukaan urus niaga pagi ini berikutan kejatuhan harga minyak mentah selepas pentadbiran Presiden AS Joe Biden memutuskan mengenai pengeluaran rizab minyak mentah untuk meredakan harga minyak yang melambung tinggi, kata seorang penganalisis.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan didagangkan pada 4.2100/2140 berbanding dolar AS daripada 4.2025/2055 pada penutupan Khamis.

Dilaporkan bahawa kerajaan AS akan mengeluarkan satu juta tong minyak sehari dari Rizab Petroleum Strategik untuk tempoh enam bulan dalam usaha menurunkan harga bahan api dan meredakan kebimbangan berlakunya kekurangan selepas pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Pada masa yang sama, kerajaan Rusia turut menegaskan bahawa bayaran untuk import gas adalah dalam rubel atau ia akan mengurangkan bekalan, kata Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid kepada Benama.

Ketika ini, penanda aras minyak mentah Brent susut 4.88 peratus kepada AS$107.91 setong.

Mohd Afzanizam berkata, tempoh suku pertama 2022 sangat tidak menentu dan konflik ketenteraan yang bermula pada 24 Februari lalu telah menambahkan lagi dimensi kepada ketidaktentuan pasaran.

“Ia amat meresahkan pasaran,” katanya sambil menambah indeks dolar AS (DXY) meningkat 0.53 peratus kepada 98.312 mata kerana pelabur mata wang mencari perlindungan daripada ketidaktentuan pasaran.

Dalam pada itu, pembukaan semula sempadan antarabangsa Malaysia pada Jumaat bermakna aktiviti ekonomi berkemungkinan lebih rancak pada masa hadapan dan ia akan membantu mempercepatkan permintaan domestik.

Pada pembukaan, ringgit diniagakan kebanyakannya bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding pound Britain kepada 5.5303/5355 daripada 5.5158/5197 pada Khamis dan jatuh berbanding yen Jepun kepada 3.4477/4513 daripada 3.4472/4502 sebelumnya.

Ringgit meningkat berbanding euro kepada 4.6592/6636 daripada 4.6698/6732 ketika penutupan pada Khamis dan tidak berubah berbanding dolar Singapura pada 3.1033/1065 daripada 3.1033/1060 sebelumnya. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Agrobank sedia video ‘Resipi Ringkas Ramadan’
Next: Rapid Sail Sasar Peningkatan 70% Penumpang Menjelang Akhir Tahun

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.