Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
  • ACTIVITY

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Helmi Aziz March 29, 2022 2 minutes read
1643257.png

RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa apabila mata wang negara maju itu terus mengukuh susulan pengumuman terbaru oleh Bank of Japan (BOJ) untuk membeli Bon Kerajaan Jepun (JGB) berjangka 10 tahun mulai 29 hingga 31 Mac 2022.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.2200/2245 berbanding dolar AS daripada 4.2155/2175 ketika ditutup pada Isnin.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pengumuman itu telah menyebabkan yen Jepun mengalami penyusutan kepada 123.75 bagi setiap dolar AS daripada julat hanya 113 hingga 114 pada awal Mac.

“Berikutan itu, Indeks Dolar AS (DXY) meningkat 0.31 peratus kepada 99.091 mata,” katanya kepada Bernama.

Pada masa sama, beliau mengingatkan bahawa krisis geopolitik akan terus menjadi punca ketidakstabilan pasaran.

“Rundingan antara pegawai Ukraine dan Rusia juga akan dimulakan minggu ini dengan harapan beberapa kemungkinan resolusi antara kedua-dua negara boleh dicapai dalam tempoh terdekat,” katanya.

Mohd Afzanizam berkata, pada minggu ini, tumpuan pelabur adalah pada pembayaran gaji bukan ladang dan kadar pengangguran AS selain mesyuarat Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC).

Jelas sekali pemulihan ekonomi global adalah tidak sekata dan kecepatan penarikan balik sokongan monetari juga berbeza-beza, katanya.

Beliau berkata, justeru, ringgit berbanding dolar AS diunjurkan kekal lemah, mungkin pada sekitar julat semasa.

Pada awal dagangan hari ini, ringgit diniagakan lebih tinggi kebanyakannya berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding pound British kepada 5.5202/5261 daripada 5.5362/5388 ketika ditutup pada Isnin dan naik berbanding euro kepada 4.6310/6360 daripada 4.6316/6338.

Ringgit stabil berbanding dolar Singapura kepada 3.0995/1033 daripada 3.0996/1016 semalam bagaimanapun susut berbanding yen kepada 3.3991/4033 daripada 3.3982/4001. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: KURMA berteknologi AR
Next: Celcom terima pensijilan ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.